Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463283
Title: | Penentuan residu diuron di dalam matriks minyak sawit, daun sawit dan matriks persekitaran |
Authors: | Mohd Izwarie Ramli (P46777 ) |
Supervisor: | Zuriati Zakaria, Prof. Datin Dr. |
Keywords: | Ekosistem sawit Plants \\x Effect of diuron on |
Issue Date: | 2011 |
Description: | Penggunaan diuron dengan meluas di dalam ekosistem sawit memberikan kesan yang negatif terhadap alam sekitar dan minyak sawit yang dihasilkan. Objektif kajian ialah untuk membangunkan kaedah analisis bagi mengesan residu diuron di dalam matriks minyak sawit, tanah, daun sawit dan air. Kajian lakuan juga dijalankan bagi mengetahui kadar pergerakan diuron di dalam lapangan semulajadi. Kajian awal perbandingan penggunaan kaedah kromatografi gas - pengesan penangkap elektron (GC-ECD) dan kromatografi cecair prestasi tinggi - ultra lembayung (HPLC-UV) menunjukkan, HPLC-UV ialah instrumen yang lebih sesuai untuk analisis diuron dengan nilai LOD dan LOQ masing-masing 0.01 dan 0.03 µg/mL. Keluk kalibrasi adalah linear dengan nilai r2 ialah 0.998 dengan persamaan y = 628.2x + 15.21. Pemisahan dengan HPLC-UV dibuat menggunakan turus AscentisTM RP-Amide yang dielusi dengan asetonitril dan air : metanol (2:1, v/v) pada nisbah 4:6 (v/v). Residu diuron diekstrak daripada minyak sawit dengan menggunakan pelarut asetonitril dan dibersihkan dengan menggunakan kartrij PSA+GCB yang dielusi dengan pelarut asetonitril. Residu diuron diekstrak daripada tanah dengan menggunakan pelarut asetonitril di dalam ultra-sonik selama 15 minit manakala pelarut aseton digunakan untuk mengekstrak diuron daripada daun. Ekstrak daun sawit kemudian dibersihkan dengan menggunakan teknik GPC. Bagi matriks air, kaedah pembersihan adalah dengan menggunakan kartrij Oasis HLB yang dielusi dengan pelarut asetonitril. Peratus perolehan semula dan %RSD bagi kaedah minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit masing-masing adalah di dalam julat 83.2 - 101.4% dan 79.4 - 87.9% dengan %RSD iaitu 1.4 - 9.9% dan 0.9 - 5.6%. Peratus perolehan semula dan %RSD daripada ujian intra-makmal pula ialah 78 - 104.9% dan 0.6 - 9.1% bagi minyak sawit mentah manakala 88.7 - 100.9 dan 0.7 - 15.2% bagi minyak isirong sawit. Peratus perolehan semula bagi kaedah tanah, daun sawit dan air ialah dalam julat 93.2 - 98.7%, 79.4 - 96.1% dan 91.9 - 103% manakala %RSD ialah masing-masing dalam julat 0.4 - 4.8%, 0.5 - 5.9% dan 0.8 - 8.3%. Nilai MDL dan LOQ masing-masing ialah 0.018 µg/g dan 0.059 µg/g (kaedah minyak sawit), 0.002 µg/g dan 0.006 µg/g (kaedah tanah), 0.060 µg/g dan 0.199 µg/g (kaedah daun sawit) dan 0.01µg/g dan 0.033 µg/g (kaedah air). Kaedah yang telah dibangunkan daripada pelbagai matriks ini digunakan untuk mengesan dan mengetahui lakuan diuron di dalam ekosistem sawit. Tanah di dalam kawasan kajian adalah jenis lempung liat berpasir. Kajian lapangan menunjukkan diuron larut lesap sehingga kedalaman 50 cm dalam tempoh 6 jam selepas rawatan bagi dos saranan dan dua kali ganda dos saranan. Diuron kekal di dalam tanah sehingga hari ke 60 (plot dos saranan) dan hari ke 90 (plot dua kali ganda dos saranan) dengan julat kepekatan masing-masing 0.002 - 0.101 µg/g dan 0.001 - 0.211 µg/g. Kajian ini juga mendapati tempoh separuh hayat diuron ialah 22.35 - 49.5 hari (plot dos saranan) dan 18.73 - 57.75 hari (plot dua kali ganda dos saranan). Residu diuron dikesan di dalam sampel air dan daun sawit pada hari pertama pensampelan, 1 DAT. Kepekatan yang dikesan di dalam sampel air ialah 0.918 µg/g manakala di dalam sampel daun ialah 0.059 µg/g (plot dos saranan) dan 0.084µg/g (plot dua kali ganda dos saranan). Residu diuron tidak dikesan di dalam sampel minyak sawit mentah dan minyak isirong sawit dari hari 0 sehingga hari ke 30 pensampelan bagi kedua-dua dos yang diaplikasi.,Master/Sarjana |
Pages: | 150 |
Call Number: | SB951.4.M638 2011 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75373+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.