Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463277
Title: Analisis Kefungsian Promoter Sesquiterpena Sintase Elaeis Oleifera Di Bawah Kawalan Elisitor
Authors: Nur Aqilah Hamim (P46255)
Supervisor: Ismanizan Ismail, Prof. Madya Dr.
Keywords: Analisis Kefungsian Promoter Sesquiterpena Sintase Elaeis Oleifera Di Bawah Kawalan Elisitor
efungsian Promoter Sesquiterpena Sintase Elaeis Oleifera Di Bawah Kawalan Elisitor
Sesquiterpena Sintase Elaeis Oleifera Di Bawah Kawalan Elisitor
Sesquiterpenes
Issue Date: 15-Jan-2013
Description: Penyelidikan ini memfokuskan rangsangan aktiviti promoter sesquiterpena sintase oleh asid jasmonik (AJ), asid salisilik (AS) dan gabungan kedua-dua elisitor (AS/AJ). Promoter sesquiterpena sintase yang dinamakan SesqPro telah dipencilkan daripada mesokarpa kelapa sawit, Elaeis oleifera. Enam siri jujukan delesi promoter SesqPro iaitu PSPr-VF6 (~1336 pb), PSPr-VF5 (~1001 pb), PSPr-VF4 (~888 pb), PSPr-VF3 (~643 pb), PSPr-VF2 (~430 pb) dan PSPr-VF1 (~207 pb) telah diligasi ke dalam vektor pCAMBIA 1301. Vektor pCAMBIA 1301 yang membawa enam siri jujukan delesi promoter yang berbeza telah ditransformasikan ke dalam mesokarpa tomato ceri. Ujian awal ke atas jujukan lengkap SesqPro (PSPr-VF6) telah dijalankan bagi mendapatkan kepekatan elisitor yang digunakan dan tempoh elisitasi yang optimum bagi konstruk terbitan yang berikutnya. Aktiviti GUS tertinggi telah ditunjukkan bagi 100 µM AJ selepas hari ke-2 iaitu sebanyak 34.27±0.96 pmol/µg/min,10 µM AS selepas hari ke-2 iaitu sebanyak 21.70±0.44 pmol/µg/min dan 0 µM AS/AJ selepas 16 jam iaitu sebanyak 14.77±0.58 pmol/µg/min. Keenam-enam siri jujukan delesi promoter ini juga ditransformasikan ke dalam kultur ampaian sel padi, yang telah dijana dengan menggunakan dua jenis media cecair (N63DK dan LSD). Kadar pertumbuhan sel yang lebih tinggi telah dikesan dalam kultur ampaian sel di dalam media cecair N63DK berbanding kultur ampaian sel di dalam media cecair LSD. Dalam padi, aktiviti GUS tertinggi telah dikesan bagi 150 µM AJ selepas 2 hari iaitu sebanyak 40.74±0.07 pmol/µg/min dan 10 µM AS selepas 2 hari iaitu sebanyak 24.06±0.40 pmol/µg/min. Kemudian, buah ceri tomato dan sel ampaian padi yang telah ditransformasikan dengan keenam-enam promoter di atas diaruh dengan kepekatan dan tempoh yang telah dioptimumkan. Antara keenam-enam siri jujukan promoter yang berlainan, keputusan telah menunjukkan bahawa promoter PSPr-VF6, PSPr-VF5 dan PSPr-VF4 menunjukkan aktiviti GUS yang sangat tinggi berbanding promoter PSPr-VF3, PSPr-VF2 dan PSPr-VF1 memperlihatkan penurunan aktiviti GUS yang ketara. Ini adalah disebabkan oleh kehadiran G/A hibrid iaitu elemen CACGTA pada posisi -622 ke -617 yang mempunyai jujukan teras ACGT pada konstruk PSPr-VF4, PSPr-VF5 dan PSPr-VF6 yang dinyatakan terangsang terhadap AJ dan AS. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa SesqPro mampu berfungsi dalam kedua-dua sistem monokotiledon dan dikotiledon namun lebih berkesan dalam sistem monokotiledon.,Master
Pages: 178
Call Number: QK898.S49 .N846 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74985+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.12 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.