Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463276
Title: Penyediaan dan pencirian nanokomposit termoplastik kanji ubi kayu diperbuat kenaf
Authors: Siti Yasmine Zanariah Zainuddin (P52721)
Supervisor: Ishak Bin Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Nanokomposit
Termoplastik
Ubi kayu
Thermoplastics
Issue Date: 23-Jan-2013
Description: Komposit daripada termoplastik kanji dengan serabut kenaf sebagai pengisi telah disediakan melalui kaedah penuangan larutan. Beberapa siri rawatan telah dilakukan untuk mengekstrak selulosa daripada kenaf iaitu rawatan alkali, pelunturan dan hidrolisis berasid. Rawatan alkali telah dilakukan pada suhu 80○C dengan pengacauan berterusan selama dua jam menggunakan 4 w/v% larutan natrium hidroksida dan diikuti rawatan pelunturan menggunakan larutan penimbal asetik pada suhu 80○C selama empat jam. Hidrolisis berasid pula telah dijalankan pada suhu 45○C menggunakan 65 w/v% asid sulfurik selama 40 minit yang bertujuan untuk menyingkirkan fasa amorfus selulosa. Penyediaan biokomposit kanji ubi kayu pula kemudiannya disediakan pada komposisi pengisi yang berbeza (0%, 2%, 4%, 6%, 8% dan 10 wt%) dengan kehadiran gliserol/sorbitol (50:50) sebagai agen pemplastik. Suhu serta masa pemprosesan untuk kedua-dua matrik dan komposit telah ditetapkan pada ~71○C selama satu jam. Keberkesanan rawatan yang dijalankan dapat dilihat menerusi analisis serapan inframerah Fourier Transform (FTIR) dengan kehilangan puncak serapan 1731 cm-1 dan 1250 cm-1 yang dipadankan dengan kumpulan karbonil (C=O) hemiselulosa dan ikatan aril-alkil-eter dalam lignin. Ini disokong oleh analisis pembelauan sinar-X (X-RD) di mana indek kehabluran serabut meningkat dengan rawatan yang dilakukan. Analisis terma menggunakan termogravimetri (TG) pula menunjukkan penyusutan kestabilan terma selulosa nanohablur berbanding serabut dengan rawatan alkali dan pelunturan. Fenomena ini dikaitkan dengan penggantian kumpulan sulfat pada rantai selulosa yang menyumbang kepada degradasi awal selulosa nanohablur. Pemeriksaan analisis morfologi menggunakan mikroskop imbasan elektron medan terserak (FESEM) dan mikroskop transmisi elektron (TEM) membuktikan berlakunya penurunan saiz serabut selepas setiap rawatan dan didapati selulosa nanohablur yang terhasil mempunyai bentuk seperti jarum dengan diameter serta panjangnya masing-masing adalah 12±3.4 nm dan 70-190 nm. Bacaan tegasan optimum komposit bagi kesemua rawatan adalah pada penambahan 6 wt% selulosa nanohablur dengan nilai tegasan optimum 8.2 MPa. Ujian terma komposit pula menunjukkan terdapat dua peringkat utama degradasi dengan tiada perbezaan suhu degradasi komposit yang ketara. Peningkatan nilai modulus simpanan (G') dan modulus kehilangan (G”) komposit berkadar terus dengan frekuensi bersudut dapat dilihat menerusi ujian reologi di mana ini dikaitkan dengan interaksi yang tinggi antara matrik serta pengisi. Menerusi ujian serapan air yang dilakukan didapati serapan air komposit menurun dengan penambahan selulosa nanohablur. Perbandingan imej filem pula mendapati sifat kelutsinaran komposit dengan kehadiran selulosa nanohablur tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dengan matrik. Ini menunjukkan selulosa nanohablur boleh digunakan sebagai pengisi penguat dengan memperbaiki interaksi matrik-pengisi tanpa memberi kesan kepada sifat lutsinarnya.,Master/Sarjana
Pages: 128
Call Number: TP1180.T5.S593 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74758+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.