Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463275
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zeti Azura binti Mohamed Hussein, Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Fairuz bin Mohd Yusof (P43105) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:20:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:20:35Z | - |
dc.date.issued | 2013-03-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74757 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463275 | - |
dc.description | Sulfur dan oksigen dikelaskan dalam kumpulan yang sama di dalam Jadual Berkala (Kumpulan VI) namun perbezaan satu atom ini pada rantai sisi serina dan sisteina mengakibatkan serina bersifat hidrofilik manakala sisteina bersifat hidrofobik. Kehadiran sulfur pada sisteina membentuk rantai sisi thiol yang reaktif dan terlibat dalam pelbagai fungsi dan aktiviti. Pasangan sisteina yang teroksida berupaya membentuk ikatan disulfida. Ikatan disulfida ini memberi kestabilan kepada protein-protein tertentu (protein yang dirembeskan ke persekitaran ekstraselular). Kumpulan thiol pada rantai sisteina yang reaktif membolehkan sisteina terlibat dalam pengikatan ligan dan menyumbangkan elektron dalam pelbagai tindakbalas. Kajian ini dilakukan untuk mengkelaskan kumpulan protein yang mengandungi sisteina berdasarkan fungsi dan aktiviti sisteina di dalam protein tersebut. Bagi mencapai objektif ini, sebanyak 85,435 struktur protein telah dimuat turun daripada pangkalan data Protein Data Bank (www.rcsb.org/pdb). Proses penyaringan telah dilakukan ke atas set data ini bagi menghasilkan set data baru yang memenuhi kriteria yang telah disenaraikan seperti (a) protein yang mengandungi dua atau lebih sisteina (b) protein yang panjang jujukannya melebihi 150 asid amino (c) struktur protein yang diselesaikan dengan kaedah kristalografi. Set data yang telah disaring ini mengandungi 1442 struktur yang sedia untuk analisis seterusnya. Berdasarkan pemerhatian ke atas struktur-struktur protein ini, didapati bahawa 1200 struktur mempunyai sisteina yang berikat membentuk ikatan sulfida dan 102 struktur didapati berikat dengan ligan. Protein-protein yang mempunyai ikatan disulfida adalah protein-protein yang bersifat enzim. Sisteina yang membentuk ikatan disulfida didapati terpelihara walaupun nilai persamaan jujukan adalah kurang daripada 40%. Sisteina yang cenderung untuk berikat dengan logam biasanya terlibat dalam aktiviti pengangkutan elektron. Analisis pengkelasan struktur protein mendapati bahawa protein-protein yang berikatan dengan logam/ligan biasanya mempunyai lipatan Rubredoxin-like dan Cupredoxin-like. Hasil keseluruhan kajian ini boleh digunakan untuk membantu memahami peranan sisteina dengan lebih jelas dan ianya boleh dihubungkait dan diaplikasikan dalam peramalan fungsi dan kajian evolusi.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Protein | |
dc.subject | Sisteina | |
dc.subject | Proteins -- Structure | |
dc.title | Pengkelasan protein berdasarkan fungsi dan aktiviti sisteina yang wujud di dalam jujukannya | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 101 | |
dc.identifier.callno | QD431.25.S85.M846 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000323 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74757+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.