Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463273
Title: | Pengekspresan dan pencirian protein hipotetik YjeE daripada Burkholderia pseudomallei |
Authors: | Putri binti T Mohd Yusof (P43136) |
Supervisor: | Rahmah Mohamed, Prof. Dato' Dr. |
Keywords: | Protein hipotetik Burkholderia pseudomallei Protein engineering |
Issue Date: | 23-Jan-2013 |
Description: | Protein putatif homolog YjeE ialah ATPase yang tidak diketahui fungsi dan dikodkan oleh gen BPSL0860 daripada Burkholderia pseudomallei yang merupakan agen kepada penyakit melioidosis. Kefahaman mengenai YjeE boleh memberikan gambaran mengenai kemandirian bakteria ini dan juga fungsi protein terbabit sebagai sasaran yang berpotensi untuk dijadikan bahan antimikrob baru. Kajian penyelidikan ini menumpukan kepada penghasilan protein rekombinan YjeE B. pseudomallei serta mencirikan sifat biokimia dan biofizik bagi peramalan fungsi YjeE. Gen BPSL0860 diamplifikasi daripada genom B. pseudomallei D286 dan diklonkan ke dalam vektor pengklonan (pCR®2.1-TOPO®) dan seterusnya, ke dalam vektor pengekspresan (pET28b). Protein YjeE berjaya diekspres dalam keadaan larut di dalam Escherichia coli BL21 (DE3) dengan saiz kira-kira 23 kDa dan ditulenkan oleh kromatografi afiniti logam nikel-nitrilotriasetik dalam 180 mM imidazol. Protein rekombinan yang ditulen digunakan dalam pencirian biokimia dan biofizik. Analisis kromatografi gel penurasan menunjukkan bahawa, konformasi dominan bagi YjeE secara in vitro adalah monomer. Aktiviti ATPase YjeE menunjukkan pH dan suhu optimum bagi protein ini ialah pH 9.0 dan 30°C. YjeE B. pseudomallei mempunyai kadar hidrolisis ATPase (Kcat: 210 j-1) dan keefisienan katalitik (Kcat/Km: 1428.571 mM-1j-1) yang lebih tinggi berbanding YjeE daripada lain-lain bakteria. Pemodelan protein tiga-dimensi secara in silico YjeE juga dijana berdasarkan struktur putatif ATPase, YjeE daripada Haemophilus influenzae. Ramalan model struktur protein ini menunjukkan ia tergolong di dalam kumpulan protein pengikat nukleotida P-loop dan mempunyai topologi kepingan beta yang unik.,Master/Sarjana |
Pages: | 109 |
Call Number: | TP248.65.P76.T446 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74738+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.14 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.