Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463271
Title: | Simulasi dan unjuran iklim purata serta peristiwa ekstrim di Malaysia |
Authors: | Kwan Meng Sei (P 52282) |
Supervisor: | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr. |
Keywords: | Iklim purata Peristiwa ekstrim Malaysia Climatic changes -- Malaysia |
Issue Date: | 21-Feb-2013 |
Description: | Pengetahuan saintifik perubahan iklim di peringkat rantauan dan tempatan adalah penting untuk adaptasi kepada perubahan iklim masa depan. Malaysia yang terletak di sebelah barat Benua Maritim terkenal dengan sistem topografi yang kompleks. Model Peredaran Umum (GCM) tidak dapat memerihalkan ciri-ciri kawasan rantauan yang penting disebabkan resolusi yang kasar. Dengan itu, teknik penurunanskalaan dengan menggunakan model iklim rantauan diperlukan. Tesis ini mengkaji perubahan iklim rantauan di Malaysia dengan menggunakan Model Iklim Rantauan (RCM) iaitu Providing Regional Climate for Impacts Studies (PRECIS) sebagai alat penurunanskala. Data GCM Hadley Centre Coupled Model Version 3 (HadCM3) dan data analisis semula daripada European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) (ERA40) digunakan sebagai syarat sempadan lateral kepada model PRECIS. Resolusi model dikonfigurasi kepada 25 km x 25 km yang merangkumi kawasan dari 95°T sehingga 123°T dan 7.5°S sehingga 14°U . Jangka masa pengesahan model adalah dari tahun 1970 hingga 1999 manakala tempoh masa unjuran perubahan iklim ditetapkan kepada 2070 hingga 2099 di bawah senario Special Report on Emissions Scenarios (SRES) A1B. Terdapat dua pendekatan penentusahan model. Pendekatan pertama menguji keberkesanan model dalam mensimulasi klimatologi bulanan suhu permukaan dan jumlah kerpasan di sebelas kawasan di Malaysia. Kawasan-kawasan tersebut dipilih berdasarkan kepada ciri topografi di Malaysia dan dibandingkan dengan data cerapan grid Climatic Research Unit (CRU) dari University of East Anglia. Pendekatan kedua menguji prestasi model dalam mensimulasi peristiwa ekstrim di 17 stesen pencerapan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD). Secara umumnya, model dapat mensimulasi corak perubahan iklim musiman bagi suhu permukaan dan jumlah kerpasan bulanan dengan baik. Walau bagaimanapun, terdapat ralat di bahagian pendalaman Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Ralat yang jelas dapat diperhatikan pada kerpasan bermusim ketika musim sejuk, Disember-Januari-Februari (DJF) dan musim panas, Jun-Julai-Ogos (JJA). Model juga tidak dapat mensimulasi klimatologi harian apabila data grid diinterpolasi kepada data pada skala stesen. Ini disebabkan oleh resolusi PRECIS (25km) yang kasar tidak dapat mewakili stesen tempatan di Malaysia. Dengan itu, pembetulan ralat dengan menggunakan teknik Pemetaan Kuantil (QMM) digunakan dengan menganjakkan nilai kuantil data simulasi kepada nilai kuantil data cerapan. QMM juga digunakan bagi data unjuran iklim pada masa depan. Di bawah senario A1B, purata suhu permukaan bulanan di Malaysia diunjurkan meningkat sebanyak 2�C hingga 4�C manakala jumlah hujan musiman dijangka meningkat ketika musim JJA sebanyak 30% to 40% relatif kepada tempoh garisdasar selepas QMM. Kerpasan berkait dengan musim monsun timur laut diunjur bermula dengan lebih awal untuk tempoh yang lebih pendek. Untuk peristiwa ekstrim, model mengunjurkan peningkatan malam panas dan hari panas manakala penurunan malam sejuk dan hari sejuk. Pemanasan iklim dan perubahan dalam peristiwa ekstrim di Malaysia pada akhir abad ke-21 adalah konsisten dengan unjuran perubahan iklim oleh Laporan Penilaian ke-4 Panel Antarakerajaan Perubahan Iklim (AR4).,Master/Sarjana |
Pages: | 102 |
Call Number: | GBQC903.2.M4 \\b K873 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74733+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.