Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463270
Title: Membina dan menguji sensor jarak ultrasonik tanpa sentuh
Authors: Fathimah binti Elias (P50770)
Supervisor: Baharudin Yatim, Prof. Dato' Dr.
Keywords: Ultrasonik
Ultrasonics
Issue Date: 15-Mar-2013
Description: Pengukuran jarak lurus boleh dilaksanakan dengan menggunakan gelombang ultrasonik dengan banyak kelebihan; agak murah berbanding dengan alat pengukur lain, boleh mengukur tanpa sentuhan ke atas sesuatu objek umpamanya permukaan air, cecair yang tidak berwarna dan boleh mengukur secara berterusan, dalam keadaan berbahaya seperti pengawasan paras air penyejuk dalam reaktor nuklear. Ada juga kelemahan; kejituan bacaan ukuran jarak tidaklah sebaik dengan cara-cara lain. Pengukuran jarak tegak secara amnya akan bergantung kepada luas permukaan mendatar objek. Jika pengukuran dibuat dalam bilik dan objek ialah lantai bilik, ketinggian dengan merujuk kepada paras lantai yang boleh diukur adalah dalam lingkungan 2.5 m sahaja. Sebab itulah gelombang ultrasonik atau lebih popular 'sonar' selalunya dikaitkan dengan pengukuran kedalaman dasar laut yang mempunyai permukaan dasar yang sangat luas. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk merekabentuk dan membina suatu prototaip alat pengukuran jarak lurus dengan menggunakan teknik gelombang ultrasonik dalam media udara bagi mengukur jarak dekat sehingga 2.5 m seterusnya memerhati beberapa sifat asas pengukuran jarak lurus ultrasonik seperti had-had bacaan dan kejituan pengukuran bagi alat tersebut. Instrumen kajian adalah berasaskan aturcara C dan peranti elektronik. Sistem yang di bina terdiri dari pemancar dan penerima, litar pengayun yang menghasilkan tempoh denyut 300 µs, frekuensi 40 kHz, dengan tempoh penghantaran isyarat tiap-tiap 1800 µs, menggunakan perisian 'MikroC PRO for PIC' dan papan pembangunan 'Mikroelektronika'. Bacaan dipaparkan daripada purata 10 pengukuran. Sistem terbaik pengukuran jarak lurus ultrasonik yang telah dibina boleh mengukur jarak lurus dalam media udara, daripada jarak 30 cm dari objek sehingga 270 cm dengan kejituan ± 0.3 cm. Keputusan ini lebih baik dari bacaan kebanyakan alat pengukur ultrasonik yang biasa digunakan yang memberi kejituan bacaan jarak lurus ± 2.5 cm. Walaubagaimanapun julat bacaan masih dalam lingkungan yang sama dengan alat-alat pengukur ultrasonik lain. Penulis juga telah merekabentuk, membina dan menguji tiga lagi sistem lain yang menggunakan pemancar dan penerima, menggunakan perisian dan papan pembangunan berserta dengan (1). Sensor SRF 08; (2). Sensor 'Maxbotic' (yang terdapat dalam pasaran); dan (3). Sensor dan litar yang dinamakan 'Rahman 1'. Sensor SRF 08, dan sensor 'Maxbotic' menggunakan perisian MPLAB dan papan pembangunan 'AstanaDigital'; sementara litar 'Rahman 1' menggunakan perisian 'MikroC PRO for PIC' dan papan pembangunan 'Mikroelektronika'. Semua sistem diuji dengan kaedah mengesan dan mengukur jarak objek menggunakan landasan optik dalam ruang yang sama. Bacaan sistem melawan bacaan menggunakan landasan optik diplot menggunakan perisian 'GraphPad Prism 6 Demo version' dan dianalisis. Sensor SRF 08 beroperasi dalam julat 1 cm sehingga 95 cm dengan kejituan ± 1 cm. Sensor 'Maxbotic' beroperasi dalam julat 8 cm sehingga 80 cm dengan kejituan ± 11 cm. Sensor 'Rahman 1' pula beroperasi dalam julat 31 cm sehingga 98 cm dengan kejituan ± 1 cm. Oleh itu sistem terakhir yang telah direka-bina yang memberikan julat bacaan jarak lurus 30 cm sehingga 270 cm dengan kejituan ± 0.3 cm (Rahman 2), ternyata memberikan keputusan yang lebih baik.,Master/Sarjana
Pages: 250
Call Number: QC244.F348 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74731+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
7.44 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.