Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463269
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Zainal Abidin Abu Hasan, Prof. Dr | |
dc.contributor.author | Mohammad Khairul Na'im bin Norzahidi (P 43936) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:20:26Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:20:26Z | - |
dc.date.issued | 2013-02-13 | |
dc.identifier.other | ukmvital:74730 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463269 | - |
dc.description | Kajian prevalens parasit pada order Anura di sekitar Zoo Negara Malaysia telah dijalankan pada dua tempoh yang berbeza iaitu tahun 2008 (Mei, Jun dan Julai) dan tahun 2009 (November dan Disember). Objektif kajian ini adalah menentukan prevalens en parasit pada haiwan anura di kawasan sekitar Zoo Negara. Anura telah ditangkap secara rawak pada waktu malam. Sejumlah 66 ekor anura terdiri daripada empat spesies iaitu Bufo melanostictus, Bufo juxtasper, Rana erythraea dan Polypedates leucomystax telah diperolehi dari 11 lokasi di sekitar Zoo Negara. Kesemua haiwan ini dibedah dan sampel darah telah diambil. Organ seperti paru- paru, jantung, saluran pencernaan, hati, buah pinggang dan pundi kencing diasingkan untuk pemencilan parasit menerusi mikroskop binokular. Pengecaman parasit dilakukan dengan menggunakan mikroskop cahaya di bawah kuasa pembesaran x4, x10, x40 dan x100. Hasil kajian mendapati nilai indeks kepelbagaian spesies Shannon-Weiner dan Simpson bagi spesies anura adalah lebih tinggi pada tahun 2008 berbanding tahun 2009. Corak taburan kelimpahan individu anura pada dua tempoh pensampelan dan 11 lokasi pensampelan adalah berbeza secara signifikan (P<0.05). Hasil kajian parasitologi mendapati kehadiran parasit pada semua anura adalah 100%. Secara keseluruhannya 21 spesies parasit telah dipencilkan merangkumi sepuluh spesies (filum Nematoda), sembilan spesies (filum Protozoa), satu spesies (filum Platyhelminthes) dan satu spesies (filum Acanthocephala). Dua puluh satu spesies parasit tersebut yang telah dikenal pasti adalah Abbreviata sp., Aplectana sp., Capillaria sp., Cosmocerca sp., Falcaustra sp., Oswaldocruzia sp., Oxysomatium brevispiculum, Raillietnema rhacophari, Rhabdias kongmongthaensis, Rhabdias ranae, Acanthocephalus ranae, Glypthelmins staffordi, Opalina ranarum, Cepedea dimidiata, Nycthetorus cordiformis, Entamoeba ranarum, Iodamoeba butschlii, Endamoeba blattae, Lankesterella sp., Trypanosoma sp. dan Tritrichomonas sp.. Secara relatifnya, A. ranae (filum Acanthocephala) adalah parasit yang tersebar paling meluas (66.67%) di kalangan empat spesies anura tersebut. Manakala Lankesterella sp. dan Trypanosoma sp. (filum Protozoa) merupakan parasit paling kurang tersebar (1.54%) di kalangan anura. Kajian ini telah berjaya memperlihatkan prevalen parasit di kalangan anura di Zoo Negara. Kajian lanjutan perlu dijalankan melibatkan haiwan- haiwan kurungan yang lain di Zoo Negara.,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Prevalens parasit Anura | |
dc.subject | Zoo Negara | |
dc.subject | Malaysia | |
dc.subject | Parasites -- Ecology | |
dc.title | Prevalens parasit pada order Anura di Zoo Negara, Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 168 | |
dc.identifier.callno | QL757.M8454 2013 | |
dc.identifier.barcode | 000326 | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74730+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.86 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.