Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463268
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRokiah Bt Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNadiah bt Abu Bakar (P52232)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:20:24Z-
dc.date.available2023-09-25T09:20:24Z-
dc.date.issued2013-06-03
dc.identifier.otherukmvital:74727
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463268-
dc.descriptionTasik Chini adalah tasik semula jadi yang kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Tasik Chini merupakan pusat pelancongan dan khazanah yang penting bagi negeri Pahang, Semenanjung Malaysia. Kadar pertumbuhan fitoplankton yang berlebihan boleh membawa impak yang negatif kepada ekosistem di Tasik Chini. Walau bagaimanapun, fitoplankton merupakan komponen penting dalam jaringan makanan akuatik. Oleh itu, pembentukan model yang sesuai bagi membantu kajian terhadap kepekatan fitoplankton dalam Tasik Chini adalah penting agar dapat memantau keadaan ekosistem tasik. Kajian ini bertujuan untuk mengubah suai model matematik dinamik yang sesuai bagi pengadaptasian fitoplankton di Tasik Chini, menentukan tahap kepekatan nutrien, fitoplankton, zooplankton dan detritus dalam keadaan yang seimbang, iaitu apabila sistem berada pada keadaan mantap, meramal tahap kepekatan nutrien, fitoplankton, zooplankton dan detritus untuk jangka masa yang lebih panjang, mengenal pasti input nutrien sebagai parameter bifurkasi memberikan impak yang besar bagi model dinamik, dan mengenal pasti faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam perubahan kelakuan dinamik model. Modelmodel ini terdiri daripada kepekatan nutrien (Nu), fitoplankton (F), zooplankton (Z), serta detritus (D) (bagi model NuFZD). Terdapat tiga jenis model kitaran nutrien, iaitu model tiga komponen, NuFZ jenis pertama dan NuFZ jenis kedua, serta model empat komponen, NuFZD. Jumlah nutrien yang memasuki sistem mempunyai pengaruh yang besar dalam kepekatan fitoplankton kerana nutrien memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan kematian fitoplankton. Pelibatan model kitaran nutrien dan jaringan makanan, ini akan membenarkan interaksi antara nutrien, fitoplankton, zooplankton, serta detritus berlaku, maka keputusan yang lebih tepat mengenai tahap kepekatan fitoplankton dapat diperoleh. Persamaan pembezaan biasa (PPB) digunakan untuk simulasi model fitoplankton di Tasik Chini. Sistem PPB ini diselesaikan dengan menggunakan kaedah Runge-Kutta-Fehlberg, menggunakan perisian Maple 13. Hasil kajian bagi model-model ini menunjukkan bahawa sistem menjadi tidak stabil apabila berlakunya peningkatan kepekatan input nutrien ke dalam sistem. Ini bermakna populasi sesebuah sistem bergantung pada tahap kepekatan input nutrien. Kesimpulannya, penambahan komponen, perubahan pada parameter dan penambahan fungsi dalam model memainkan peranan penting dalam perubahan kelakuan dinamik sesebuah model. Lantaran itu, model-model ini berguna untuk membantu dalam pemahaman populasi fitoplankton dan keadaan ekosistem di Tasik Chini.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectOrganik
dc.subjectFitoplankton
dc.subjectTasik Chini
dc.subjectPhytoplankton -- Malaysia
dc.titlePenggunaan unsur-unsur organik untuk pembentukan model fitoplankton Tasik Chini
dc.typetheses
dc.format.pages119
dc.identifier.callnoQK935.N334 2013
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74727+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
6.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.