Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463266
Title: | Kajian fitokimia dan aktiviti kesitotoksikan ke atas Hopea beccariana dan Hopea sangal (dipterocarpaceae) |
Authors: | Asma Ulhusna binti Shaimi (P 41595) |
Supervisor: | Jalifah Latip, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Fitokimia Kesitotoksikan Hopea beccariana Hopea sangal (diptercarpaceae) Dipterocarpaceae -- Malaysia |
Issue Date: | 20-May-2013 |
Description: | Kajian kimia dan aktiviti ketoksikan ke atas Hopea beccariana dan Hopea sangal telah dijalankan. Hopea beccariana telah dikutip di Taman Negara Pulau Pinang manakala Hopea sangal diperolehi dari Hutan Simpan Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa H. beccariana belum pernah dikaji, manakala kajian lepas ke atas H. sangal hanya tertumpu pada bahagian kulit kayu. Serbuk kulit dan kayu H. beccariana masing-masingnya diekstrak dengan menggunakan kaedah rendaman sejuk dalam pelarut aseton dan etanol pada suhu bilik selama tiga hari bagi memberikan ekstrak kasar. Serbuk kulit dahan H. sangal telah direndam dalam pelarut aseton dan etanol bagi mendapatkan ekstrak kasar aseton dan etanol. Ekstrak tersebut kemudiannya ditulenkan dengan menggunakan berbagai kaedah kromatografi seperti kromatografi lapisan nipis preparatif, kromatografi cecair vakum, kromatografi radial, kromatografi turus dan kromatografi turasan gel. Sebanyak tujuh belas sebatian tulen berjaya diasingkan daripada kedua-dua spesies tersebut. Sepuluh sebatian tulen telah berjaya diperolehi daripada kulit dan kayu H. beccariana dan dikenalpasti sebagai (-)-laevifonol, (-)-ampelopsin A, (+)-α-viniferin, (-)-vatikanol A, (-)-vatikanol B, (+)-vatikanol G, (+)-diptoindonesin A-2, (-)-hopeafenol, (+)-isohopeafenol dan (-)-bergenin. Satu sebatian monomer stilbena yang baru iaitu (-)-dihidroresveratrol-10-C-β-D-glukopiranosida dan sebelas sebatian tulen telah berjaya dipencilkan daripada kulit dahan H. sangal dan dikenal pasti sebagai (-)-ampelopsin A, (-)-hemsleyanol A, (+)-α-viniferin, (-)-hopeanolin, (+)-karafenol A, (-)-vatikanol B, (-)-hopeafenol, (+)-isohopeafenol, (-)-diptoindonesin A-3, (-)-grandifenol B dan (-)-asid asiatik. Pemencilan (+)-karafenol A belum pernah dilaporkan sama ada daripada genus Hopea atau famili Dipterocarpaceae. Di samping itu, pemencilan (-)-hemsleyanol A, (+)-diptoindonesin A-2, (-)-diptoindonesin A-3, (+)-isohopeafenol, (-)-grandifenol B dan (-)-asid asiatik dilaporkan buat pertama kali daripada genus Hopea. Kajian ini mendapati sebatian kimia daripada H. beccariana mempunyai persamaan dengan spesies Hopea yang lain, manakala sebatian tulen yang diasingkan daripada H. sangal pula mempunyai persamaan dengan Shorea spp. Penentuan struktur bagi setiap sebatian tulen dilakukan dengan menggunakan pelbagai analisis spektroskopi seperti spektroskopi inframerah (IM), spektroskopi ultralembayung (UL), spektrometri jisim (SJ), resonans magnetik nukleus (RMN) serta perbandingan dengan data literatur. Penilaian sitotoksisiti telah dijalankan ke atas semua ekstrak kasar dan sebatian tulen terhadap titisan sel hepar Chang (sel normal) dan sel Hep G2 (sel kanser hati). Kesemua ekstrak kasar didapati tidak toksik terhadap kedua-dua sel tersebut. Bagi sebatian tulen pula, sebatian (+)-karafenol A didapati bersifat toksik ke atas sel Hep G2 dengan nilai IC50 32.0 ± 4.92 µM.,Master/Sarjana |
Pages: | 372 |
Call Number: | QK495.D564.A846 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74726+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 7.59 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.