Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463262
Title: Kesan tindakan ekstrak Gynura procumbens ke atas kepayahan oksidatif dalam testis tikus teraruh diabetis
Authors: Pusparanee binti Hakim (P48551)
Supervisor: Mahanem Mat Nor, Prof. Madya Dr.
Keywords: Ekstrak Gynura procumbens
Oksidatif
Tikus
Diabetis
Oxidative stress
Issue Date: 23-Jan-2013
Description: Kepayahan oksidatif ke atas sistem reproduktif lelaki merupakan salah satu kesan komplikasi berpunca dari penyakit diabetes mellitus. Kajian ini mengkaji kesan antidiabetes dan prokesuburan ekstrak akuas dan etanol daun Gynura procumbens terhadap kualiti sperma, sistem enzim antioksida, peroksidaan lipid testis dan aras hormon testosteron plasma tikus diabetes di samping menilai kapasiti antioksida kedua jenis ekstrak berkenaan. Aruhan diabetes dilakukan terhadap tikus Sprague dawley jantan melalui suntikan streptozotocin (55 mg/kg berat tubuh) secara intravena. Selepas tamat tempoh aruhan, perlakuan ekstrak akuas dan etanol G. procumbens (50, 100 dan 150 mg/kg berat tubuh), metformin (500 mg/kg) dan glibenklamida (5 mg/kg) diberi secara suap paksa selama 6 minggu. Kumpulan kawalan negatif pula diberi air suling melalui kaedah yang sama. Hasil yang diperoleh menunjukkan perlakuan ekstrak akuas dan etanol G. procumbens meningkatkan bilangan sperma dan menurunkan peratus mortaliti sperma tikus diabetes secara signifikan (p<0.05). Peratusan motiliti sperma dalam gred pergerakan paling progresif mengalami peningkatan lebih ketara selepas menerima perlakuan ekstrak etanol berbanding ekstrak akuas G. procumbens. Kedua-dua jenis perlakuan juga berjaya menurunkan aras peroksidaan lipid testis tikus diabetes secara signifikan (p<0.05) dalam pola bersandarkan dos. Perlakuan ekstrak akuas G. procumbens 50, 100 dan 150 mg/kg menyebabkan peningkatan signifikan (p<0.05) aras aktiviti spesifik enzim glutation peroksidase testis sebanyak 31.33%, 26.84% dan 42.41% manakala perlakuan ekstrak etanol menunjukkan pola peningkatan signifikan (p<0.05) bersandarkan dos iaitu sebanyak 25.38%, 32.76% dan 37.30% masing-masing. Aras aktiviti spesifik enzim superoksida dismutase testis meningkat secara signifikan (p<0.05) dengan perlakuan ekstrak akuas dan ekstrak etanol G. procumbens. Perlakuan ekstrak akuas menunjukkan peningkatan signifikan (p<0.05) bersandarkan dos bagi aktiviti spesifik enzim katalase testis manakala hanya perlakuan ekstrak etanol 100 mg/kg menyebabkan peningkatan signifikan (p<0.05) dalam parameter berkenaan. Kesemua perlakuan ekstrak G. procumbens menyebabkan peningkatan dalam aras testosteron plasma tikus diabetes dengan peningkatan tertinggi sebanyak 16.95% (ekstrak etanol 100 mg/kg). Analisis fitokimia menunjukkan ekstrak etanol G. procumbens mempunyai kapasiti antioksida dan perautan radikal yang lebih tinggi berbanding ekstrak akuas. Kesimpulannya, pengambilan ekstrak akuas dan etanol daun G. procumbens berupaya memperbaiki kualiti sperma dan mengurangkan kepayahan oksidatif dalam testis tikus teraruh diabetes melalui peningkatan aktiviti enzim antioksida, penurunan peroksidaan lipid dan peningkatan aras hormon testosteron plasma.,Master/Sarjana
Pages: 162
Call Number: QD281.O9.P847 2013
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74718+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.37 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.