Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463258
Title: | Pengenalpastian dan pencirian gen terlibat dalam pengambilan dan biosintesis asid amino Glaciozyma antarctica |
Authors: | Radziah binti Zolkefli (P43132) |
Supervisor: | Abdul Munir Abdul Murad, Prof. Madya |
Keywords: | Pencirian gen Asid amino Glaciozyma antarctica Yeast fungi -- Antarctica |
Issue Date: | 1-Jul-2013 |
Description: | Mekanisme metabolisme asid amino bagi mikroorganisma psikrofil yang bermandiri pada persekitaran sejuk melampau masih belum difahami sepenuhnya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menciri gen mengekod protein yang diperlukan dalam pengambilan dan biosintesis asid amino bagi yis psikrofil obligat, Glaciozyma antarctica. Sebanyak dua perpustakaan cDNA telah dibina daripada sel yang dikultur dalam medium pertumbuhan kompleks, YPD (Yeast Peptone Dextrose), dan medium pertumbuhan minimum tanpa asid amino, YNB (Yeast Nitrogen Base). Titer primer bagi perpustakaan cDNA medium kompleks dan medium minimum masing-masing adalah 1.0 x 104 dan 2.35 x 106 upk/mL. Seterusnya, analisis penanda jujukan terungkap (EST) telah dijalankan dan sebanyak 3552 klon cDNA daripada setiap perpustakaan dipilih secara rawak untuk dijujuk. Sejumlah 3134 dan 3351 jujukan berkualiti masing-masing bagi perpustakaan medium kompleks dan medium minimum telah dijana. Analisis pengkelompokan telah mengenal pasti 1492 transkrip unik bagi perpustakaan medium kompleks dan 1928 transkrip unik bagi perpustakaan medium minimum. Sekitar 70% jumlah transkrip unik daripada kedua-dua perpustakaan cDNA mempunyai persamaan dengan jujukan nukleotida pada pangkalan data nr, NCBI. Analisis BLASTP menunjukkan 216 jujukan EST daripada kedua-dua perpustakaan mempunyai persamaan dengan jujukan protein yang terlibat dalam metabolisme asid amino Saccharomyces cerevisiae. Sebanyak 5, 16 dan 195 gen mengekod protein yang berhomologi dengan protein terlibat dalam pengambilan asid amino bebas, kitar semula asid amino dan biosintesis asid amino secara de novo telah dikenal pasti. Seterusnya, 2 gen mengekod protein terlibat dalam pengambilan asid amino bebas, 3 gen mengekod protein terlibat dalam kitar semula asid amino dan 18 gen mengekod protein terlibat dalam biosintesis asid amino secara de novo, telah dipilih untuk analisis pengungkapan gen. Kedua-dua gen mengekod protein pengambilan asid amino bebas iaitu permease umum (GAP1) dan permease prolina (PUT4) menunjukkan profil pengungkapan lebih tinggi dalam medium pertumbuhan kompleks manakala gen-gen mengekod protein terlibat dalam kitar semula asid amino iaitu enzim pengaktif ubikuitin (E1), enzim konjugasi ubikuitin (E2) dan ubikuitin ligase (E3), menunjukkan profil pengungkapan lebih tinggi di dalam medium pertumbuhan minimum. Gen di bawah kelompok biosintesis asid amino de novo dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan substrat primer bagi mensintesis 20 asid amino. Gen mengekod protein yang terlibat dalam biosintesis famili serina, famili aromatik, famili piruvat dan famili glutamat menunjukkan profil pengungkapan yang lebih tinggi di dalam medium pertumbuhan minimum manakala gen bagi biosintesis famili aspartat menunjukkan profil pengungkapan lebih tinggi di dalam medium pertumbuhan kompleks. Secara keseluruhannya, kajian ini telah mengenal pasti gen mengekod protein yang terlibat dalam pengambilan dan biosintesis asid amino G. antarctica dan kebanyakan daripada protein-protein ini berhomologi dengan protein yang telah dicirikan di dalam yis mesofil, S. cerevisiae.,Master/Sarjana |
Pages: | 187 |
Call Number: | QK615.5.R334 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74679+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 5.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.