Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463255
Title: | Sintesis, struktur, spektroskopi dan kajian fotoelektrokimia kompleks molibdenum dan tungsten nitrosil sebagai pemeka foto bagi fotoanod sel fotoelektrokimia |
Authors: | Mark Lee Wun Fui (P52276) |
Supervisor: | Mohammad B. Kassim, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Sintesis Struktur Spektroskopi Fotoelektrokimia kompleks molibdenum Tungsten nitrosil Fotoanod sel fotoelektrokimia Photoelectrochemistry |
Issue Date: | 4-Oct-2012 |
Description: | Kompleks [MTp*(NO)(CO)2] dan [MTp*(NO)I2] (M = Mo atau W dan Tp* = tris(3,5-dimetilpirazolilhidroborat)) serta ligan ditiolena (L) telah digunakan sebagai prekursor untuk menghasilkan enam kompleks [MTp*(NO)(L)] (M=Mo atau W dan L = 4-metilbenzena-1,2-bis(tiolat) (L1), benzena-1,2-bis(tiolat) (L2), 3,6-diklorobenzena-1,2-bis(tiolat) (L3). Semua kompleks telah diciri berdasarkan analisis mikro unsur C, H, N dan S; spektroskopi inframerah (IR) dan ultra-lembahyung-cahaya nampak (UV-Vis). Data analisis unsur menunjukkan ligan ditiolena berkoordinat melalui kedua-dua atom S and bersetuju dengan formula empirik seperti berikut, [MoTp*(NO)(L1)] = C22H28BMoN7OS2, [MoTp*(NO)(L2)] = C21H26BMoN7OS2, [MoTp*(NO)(L3)] = C21H24BCl2MoN7OS2, [WTp*(NO)(L1)] = C22H28BN7OS2W, [WTp*(NO)(L2)] = C21H26BN7OS2W dan [WTp*(NO)(L3)] = C21H24BCl2N7OS2W. Spektrum inframerah kompleks menunjukkan kehadiran regangan v(BH) dan v(NO) masing-masing pada 2542-2556 cm-1 dan 1634-1674 cm-1. Secara am, spektrum UV-Vis kompleks menunjukkan satu puncak serapan bagi peralihan cas ligan (pπ) → logam (dπ) yang lebar dan tinggi keamatannya di kawasan cahaya nampak, 523-586 nm. Teknik voltammetri berkitar telah digunakan untuk menentukan keupayaan redoks kompleks manakala aras jalur tenaga telah ditentukan daripada data yang diperoleh. Kompleks [MTp*(NO)(L)] menunjukkan jurang jalur tenaga dalam julat 1.45-1.63 eV. Jurang jalur tenaga yang dikira daripada nilai keupayaan yang diperoleh daripada voltammetri berkitar adalah sepadan dengan jurang jalur tenaga yang dikira berdasarkan spektrum serapan elektronik kompleks. Sementara itu, filem nipis TiO2 disediakan dengan kaedah adunan dan dicirikan dengan mikroskop elektron imbasan (SEM) dan pembelau sinar-X (XRD). Difraktogram XRD menunjukkan kehadiran fasa hablur TiO2 yang dapat dikesan bagi fasa anatas dan rutil masing-masing pada satah indeks 101 (2=25.35) dan 110 (2=27.40). Ujian fotoelektrokimia untuk filem nipis TiO2 yang dijerap dengan [MTp*(NO)(L)] telah dilakukan di dalam elektrolit 1.0 M NaOH dengan menggunakan elektrod rujukan SCE dan elektrod pelengkap platinum. Fotoanod TiO2 yang dijerapkan MoTp*(NO)L3 menunjukkan ransangan foto yang positif dan mencatatkan nilai fotoarus yang tertinggi (~100 A/cm2). Berdasarkan keputusan semua ujian yang dilakukan kompleks MoTp*(NO)L3 menunjukkan ciri-ciri yang terbaik untuk digunakan sebagai pemeka foto bagi fotoanod sel fotoelektrokimia.,Master/Sarjana |
Pages: | 80 |
Call Number: | QD578.L434 2012 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74633+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 2.32 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.