Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463254
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSahrim Hj Ahmad, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Rashid Yusof Hamid (P52816)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:20:00Z-
dc.date.available2023-09-25T09:20:00Z-
dc.date.issued2012-10-05
dc.identifier.otherukmvital:74622
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463254-
dc.descriptionKajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penambahan bahan perencat api terhadap sifat terma dan mekanik komposit kayu plastik berpenguat sekam padi dan habuk kayu berasaskan HDPE kitar semula (rHDPE). Dua bahan perencat api iaitu natrium metasilikat dan zink borat telah digunakan sebagai pengisi mineral bagi memperbaiki sifat kerintangan terhadap api bahan komposit ini. Kedua-dua bahan perencat api tersebut dicampur secara terus ke dalam formulasi komposit kayu plastik pada nisbah 2:3 dan disebatikan. Lima sampel dengan peratusan komposisi perencat api yang berlainan telah disediakan untuk mendapatkan keputusan yang optimum; 0% FR (sampel kawalan), 5% FR, 10% FR, 15% FR dan 20% FR. Ujian pembakaran telah dijalankan mengikut ASTM D 635-06 sementara sifat terma bahan pula telah dikaji melalui analisis gravimetri terma (TGA), kalorimetri pengimbasan pembezaan (DSC), analisis mekanikal dinamik (DMA) dan kalorimeter bom. Berdasarkan hasil keputusan ujian pembakaran, sampel yang mengandungi 20% FR tidak terbakar dengan purata catatan masa bagi nyalaan api dan asap untuk berhenti ialah 56 saat dan 1 minit 8 saat masing-masing. Kesan penambahan bahan perencat api terhadap sifat mekanik dan fizik komposit kayu plastik juga telah ditentukan menerusi ujian tegangan (ASTM D 638-03), ujian lenturan (ASTM D 790-03), ujian hentaman (ASTM D 256-05) dan ujian penyerapan air (ASTM D 570-98). Didapati sampel yang mengandungi 20% FR memberikan kekuatan hentaman terbaik iaitu 2.95 kJ/m2. Manakala, sampel yang mengandungi 15% FR pula telah menunjukkan kadar penyerapan air terendah iaitu sebanyak 0.81 hingga 6.83% sepanjang tempoh 63 hari. Morfologi permukaan telah diperiksa menggunakan mikroskopi imbasan elektron (SEM).,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPerencat api
dc.subjectMekanik komposit
dc.subjectKayu plastik
dc.subjectSekam padi
dc.subjectHabuk kayu
dc.subjectHDPE kitar semula
dc.subjectFire resistant materials
dc.titleKesan penambahan bahan perencat api terhadap sifat terma dan mekanik komposit kayu plastik berpenguat sekam padi dan habuk kayu berasaskan HDPE kitar semula
dc.typetheses
dc.format.pages86
dc.identifier.callnoTH1065.M847 2012
dc.identifier.barcode000455
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74622+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
2.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.