Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463253
Title: Impak jangkitan Nosema bombycis ke atas pembiakan dan kelakuan rama-rama belakang intan, Plutella xylostella dan parasitioidnya, Cotesia plutella
Authors: Siti Noor Aishikin binti Abdul Hamid (P27077)
Supervisor: Zainal Abidin Abu Hasan, Prof. Dr.
Keywords: Jangkitan
Nosema bombycis
Pembiakan
Rama-rama belakang intan
Plutella xylostella
parasitioidnya
Cotesia plutella
Microsporidia
Issue Date: 30-Oct-2012
Description: Kajian impak jangkitan Nosema bombycis ke atas pembiakan dan kelakuan rama-rama belakang intan (DBM), Plutella xylostella dan parasitoidnya, Cotesia plutellae telah dijalankan di dalam makmal. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kesan jangkitan N. bombycis ke atas pembiakan DBM dan C. plutellae, kelakuan diurnal larva dan pupa DBM serta kelakuan memikat, kopulasi dan oviposisi bagi DBM dewasa. Kajian ini juga bertujuan mengetahui kelakuan memparasit C. plutellae terhadap larva DBM yang sihat dan terjangkit N. bombycis. Dalam kajian ini, koloni DBM dan C. plutellae yang bebas daripada jangkitan Nosema sp. telah digunakan. Kepekatan spora N. bombycis iaitu 5.0x103 dan 5.0x104 spora/µl telah digunakan bagi menjangkiti kumpulan 1 (K1) dan K2 masing-masing dan larva dibiarkan berkembang menjadi serangga dewasa. Didapati 100% DBM dewasa muncul dari kumpulan kawalan, 53% dari K1 dan 40% dari K2. Hasil kajian ini menunjukkan hanya kumpulan kawalan dapat terus hidup hingga G10 sedangkan K1 dan K2 hingga G4 sahaja. Tiada perbezaan bererti (p>0.05) dalam bilangan telur yang dihasilkan oleh setiap kumpulan dalam G1 hingga G4, walau bagaimanapun terdapat perbezaan bererti (p<0.05) bilangan progeni yang terhasil (larva, pupa dan DBM dewasa). Impak jangkitan (spora 5.0x103 spora/µl) ke atas kelakuan larva, pupa dan dewasa DBM telah dilihat menerusi cerapan langsung selama 2j (n=20) dan dibandingkan dengan kelakuan kumpulan kawalan. Walaupun masa lakuan makan larva tidak berbeza secara bererti (p>0.05) tetapi masa rehat larva terjangkit lebih lama berbanding kawalan (p<0.05). Larva DBM kawalan lebih sensitif dalam memberi reaksi terhadap sentuhan mekanikal berbanding larva terjangkit (p<0.05) dan hanya larva kawalan yang menunjukkan reaksi menggulung diri. Masa rehat dan gerak peringkat pupa juga berbeza secara bererti (p<0.05) antara kedua-dua kumpulan. Hanya 65% dewasa terjangkit berjaya berkopulasi berbanding 100% dalam kumpulan kawalan. Masa lakuan memikat kumpulan DBM terjangkit lebih lama berbanding kumpulan larva kawalan (p<0.05) namun tiada perbezaan bererti (p>0.05) dalam masa DBM betina meletak telur dan kekerapannya. Dalam kajian impak jangkitan N. bombycis ke atas parasitoid, 20 C. plutellae betina telah dibiarkan mengawan dan didedahkan kepada larva instar 2 dan 3 DBM bersih sebagai perumah (kumpulan kawalan) atau larva instar 2 dan 3 DBM yang terjangkit (kumpulan percubaan). C. plutellae dewasa yang muncul telah diperlakukan seperti prosedur di atas dan dibiarkan bekembang sehingga generasi ke-10. Hasil menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan berjaya membentuk 10 generasi dengan bilangan parasitoid yang menjelma bagi kumpulan kawalan lebih banyak secara signifikan berbanding kumpulan percubaan (p<0.05). Tiada spora N. bombycis pada kawalan sebaliknya kumpulan percubaan mempunyai bilangan spora yang meningkat dari generasi ke generasi. Menerusi ujian tiada pilihan, didapati bahawa C. plutellae betina secara signifikan lebih kerap menyerang larva kawalan berbanding larva terjangkit. Dalam ujian berpilihan pula, C. plutellae betina juga lebih kerap dan agresif menyerang larva kawalan berbanding larva terjangkit. Kesimpulannya, hasil-hasil kajian ini menunjukkan bahawa jangkitan N. bombycis telah memberi impak negatif ke atas pembiakan dan kelakuan DBM dan parasitoidnya.,Master/Sarjana
Pages: 128
Call Number: QL368.M5.S597 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74598+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.84 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.