Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463252
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShahidan Radiman, Prof Dr
dc.contributor.authorSapizah Rahim (P41483)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:19:57Z-
dc.date.available2023-09-25T09:19:57Z-
dc.date.issued2011-05-01
dc.identifier.otherukmvital:74594
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463252-
dc.descriptionTitanium dioksida merupakan sebatian logam oksida yang memiliki sifat optik, dielektrik dan mangkin dengan jurang tenaga 3.2 eV dan 3.0 eV bagi fasa anatase dan rutile masing-masing. Pada saiz pukal, titanium dioksida banyak digunakan sebagai pigmen pemutih dalam industri pembuatan cat, seramik dan kertas. Apabila saiznya berubah pada skala nanometer, potensinya berkembang kepada industri kosmetik, plastik, sel solar dan rawatan air sisa. Faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan aplikasinya adalah sifat fotomangkin. Kereaktifan sifat fotomangkin ini bergantung kepada sifat fizikalnya seperti saiz, bentuk dan luas permukaan. Dalam kajian ini, kaedah sol gel telah digunakan untuk mensintesis nanozarah titanium dioksida dalam bentuk koloid dan serbuk. Titanium isopropoksida telah digunakan sebagai larutan prekusor tindak balas hidrolisis dan kondensasi dalam keadaan refluks. Nanozarah titanium dioksida yang diperolehi dicirikan dengan menggunakan XRD, TEM, FTIR dan spektrometer UV-Vis. Pencirian reometer dan SAXS pula telah digunakan untuk mengkaji pengaruh kehadiran nanozarah titanium dioksida terhadap sistem emulsi tepu. Difraktogram XRD menunjukkan nanozarah titanium dioksida mempunyai fasa anatase yang mempunyai tenaga jurang jalur sebanyak 3.2 eV yang telah ditentukan melalui serapan optik spektrometer UV-Vis. Imej TEM menunjukkan taburan saiz yang sekata dalam julat 4-7 nm. Mod getaran bagi ikatan Ti-O dan Ti-O-Ti dalam rangkaian titanium jelas kelihatan dalam spektrum FTIR. Hasil ujian reologi menunjukkan kehadiran nanozarah titanium dioksida di dalam sistem emulsi tepu (10/10/80 terhadap Brij 30: Glucopone 215 (3:7)/air/isopropil palmitat) telah merendahkan nilai modulus G' dan G”. Sifat elastik dalam sistem berkenaan dapat dilihat dengan ketara pada julat kepekatan nanozarah titanium dioksida yang lebih tinggi ([TiO2] > 0.1 mg/L). Nilai radius girasi, Rg daripada analisis SAXS bagi butiran emulsi didapati meningkat dengan peningkatan kepekatan nanozarah titanim dioksida di dalam sistem tersebut. Bagi menguji sifat fotomangkinnya, sebatian metilena biru dan bakteria E. coli telah digunakan. Didapati bahawa tindak balas fotomangkin ini mampu merencat pertumbuhan bakteria E. coli dan kadar penguraian metilena biru dengan kadar kecekapan sebanyak 0.004 min-1. Ini menunjukkan, nanozarah titanium dioksida yang telah dihasilkan dengan kaedah sol gel mempunyai kereaktifan fotomangkin yang tinggi.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectNanozarah titanium dioksida
dc.subjectAplikasi
dc.subjectFotomangkin
dc.subjectTitanium dioxide
dc.titleSintesis dan pencirian nanozarah titanium dioksida serta aplikasi sebagai fotomangkin
dc.typetheses
dc.format.pages92
dc.identifier.callnoQD181.T6.S247 2011
dc.identifier.barcode000742
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74594+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.26 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.