Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463246
Title: | Penyediaan dan pencirian salutan poliuretana sawit ke atas papan serpai melalui kaedah prapempolimeran |
Authors: | Wong Chee Sien (P46547) |
Supervisor: | Khairiah Haji Badri, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Salutan poliuretana sawit Papan serpai Kaedah prapempolimeran Polyurethanes |
Issue Date: | 5-Jul-2011 |
Description: | Bahan salutan poliuretana (PU) berasaskan minyak isirung kelapa sawit (MIKS) telah dihasilkan melalui kaedah prapempolimeran bagi penyalutan ke atas papan serpai berketumpatan sederhana (MDF). Ia disintesiskan melalui tindak balas antara monoester-OH MIKS (OH) dengan diisosianat (NCO) dengan kehadiran dietilena glikol (DEG) sebagai pemanjang rantai. Pada peringkat awal, pempolimeran PU dijalankan pada suhu ambien dengan masa pengacauan dari 70-90 minit. Selepas itu, pematangan PU dijalankan pada suhu 55°C selama 24 jam. Komposisi NCO/OH/DEG divariasikan pada 200/100/100, 150/100/80, 100/100/40 dan 75/100/21 dan masing-masing dilabel PU1, PU2, PU3 dan PU4. Analisis spektroskopi inframerah Fourier transform (FTIR) dan resonans magnetik nuklear karbon-13 (13C NMR), mengesahkan ikatan uretana merupakan ikatan utama dalam PU MIKS. Cerapan data kromatogram penelapan gel (GPC) menunjukkan bahawa peningkatan nisbah NCO/OH merendahkan indeks poliserakan sistem PU yang dihasilkan kerana kandungan isosianat yang semakin tinggi akan menyediakan lebih tapak untuk bertindakbalas dengan poliol untuk menghasilkan rantai polimer yang seragam. PU1 dengan nisbah NCO/OH tertinggi mempunyai peratus kandungan gel maksima (77.74%). Peningkatan nisbah NCO/OH juga meningkatkan nisbah pembengkakan PU dengan peratus pembengkakan PU1 184 % dan PU4 ialah 157 %. PU1 mempunyai suhu kestabilan terma, Tstabil maksima (205°C) diikuti dengan PU2, PU3 dan PU4 adalah masing-masing 198°C,189°C dan 182°C. Tenaga pengaktifan, Ea bagi PU1 adalah 70.8 kJmol-1 dan menurun dengan pengurangan nisbah NCO/OH. Suhu peralihan kaca, Tg bagi PU juga meningkat dengan peningkatan nisbah NCO/OH. Ketahanan calaran dan kekenyalan salutan PU ke atas MDF adalah meningkat dengan penurunan nisbah NCO/OH dalam PU. MDF tersalut PU4 (PU4-MDF) mempunyai kekuatan lenturan, modulus fleksural, dan kekuatan hentaman maksima iaitu masing-masing 26.05 MPa, 1987 MPa dan 9.03 kJ·m-2. Tetapi kekuatan lenturan, modulus fleksural dan kekuatan hentaman MDF tersalut PU menurun dengan peningkatan nisbah NCO/OH. Oleh itu, kekuatan lenturan, modulus fleksural dan kekuatan hentaman bagi PU1-MDF adalah paling rendah iaitu masing-masing 19.79 MPa, 1308 MPa dan 7.34 kJ·m-2. Poliuretana yang terhasil daripada komposisi NCO dan OH dengan nisbah 1:1 mempunyai peratus taut-silang yang tinggi, menyumbang kepada sifat kestabilan terma yang tinggi. Walaubagaimanapun, kekuatan mekanik poliuretana ini apabila disalutkan ke atas MDF menurun dengan ketara.,Master/Sarjana |
Pages: | 114 |
Call Number: | TP1180.P8.W638 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74510+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.61 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.