Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463241
Title: | Kajian terhadap sifat mekanik, terma dan kekonduksian komposit poliuretana-poli-p-fenilena terdop FeCl3 |
Authors: | Maisara Shahrom binti Raja Shahrom (P 48075) |
Supervisor: | Khairiah Haji Badri, Profesor Madya Dr. |
Keywords: | Sifat mekanik Terma dan kekonduksian Komposit poliuretana-poli-p-fenilena terdop FeCl3 Polyurethanes |
Issue Date: | 24-Nov-2011 |
Description: | Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan agen dopan terhadap sifat kekonduksian komposit polimer poliuretana-poli-p-fenilena (PU-PPP). Agen pendopan yang digunakan dalam kajian ini adalah ferum (III) klorida (FeCl3), asid sulfurik (H2SO4) dan natrium naftalida (C10H8Na). Analisis spektroskopi infra-merah Fourier-Transform (FTIR), analisis termogravimetri (TGA), analisis kalorimetri kebezaan (DSC) dan analisis impedan dijalankan terhadap PPP tidak terdop (kawalan) dan PPP terdop. PPP terdop FeCl3 menyumbangkan kekonduksian sebanyak (7.12x10-4 S/cm) berbanding PPP terdop H2SO4 (1.29x10-4 S/cm) dan PPP terdop C10H8Na (1.47x10-7 S/cm). PU dihasilkan melalui tindak balas monoester-OH sawit dengan 2,4- difenilmetilena diisosianat (MDI). Empat komposisi PU berbeza disediakan mengikut kaedah prapempolimeran dengan mengvariasikan nisbah antara monoester OH dan MDI dan dilabelkan sebagai PU1 (100:200), PU2 (100:150), PU3 (100:100) dan PU4 (100:75). Pengoptimuman formulasi PU mendapati PU1 (100:200) memberikan sifat terma (Tg 74°C dan kestabilan suhu 195°C) dan peratus kandungan gel tertinggi (66%) berbanding PU2, PU3 dan PU4. Oleh itu, komposit PU1 - PPP terdop FeCl3 digunakan sebagai formula kawalan PU-PPP. Komposit PU-PPP disediakan dengan peratus penambahan PPP sebanyak 0, 10, 20, 30 dan 40 mengikut berat sistem PU. Ujian kekuatan regangan menunjukkan PU-PPP 30% memberikan nilai regangan yang optimum iaitu 2036.67 kPa. Ujian impedan menunjukkan sifat kekonduksian elektrik PU-PPP semakin meningkat dengan penambahan PPP ke dalam sistem PU. Pencirian impedan menunjukkan PU-PPP 40% memberikan nilai kekonduksian tertinggi iaitu 24.73x10-10 S/cm. Partikel PPP tersebar secara rawak dan bersentuhan antara satu sama lain dan ini memberikan interaksi yang baik antara PPP. Ujian terma pula menunjukkan komposit PU-PPP memberikan dua nilai Tg iaitu julat suhu antara 72°C hingga 82°C yang merupakan suhu Tg bagi PU dan julat suhu antara 194°C hingga 216 °C yang merupakan suhu Tg bagi PPP. Suhu Tg bagi PU meningkat dengan penambahan komposisi PPP kerana kehadiran pengisi PPP dengan suhu Tg yang lebih tinggi (212°C) mempengaruhi suhu Tg bagi PU. Analisis TGA pula menunjukkan dengan penambahan PPP, suhu stabil bagi PU meningkat dari 205°C sehingga 240°C. Suhu stabil ini dipengaruhi oleh kehadiran PPP yang mempunyai suhu peleraian yang tinggi sehingga ke 700 oC.,Master |
Pages: | 106 |
Call Number: | TP1180.P8.M338 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74348+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.54 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.