Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463239
Title: Goniotalamin daripada Goniothalamus andersonii mengaruh apoptosis dalam sel kanser hepar manusia, HEPG2
Authors: Wong Tet Soon (P 36725)
Supervisor: Sahidan Senafi, Prof. Madya Dr.
Keywords: Goniotalamin
Goniothalamus andersonii
Apoptosis
Sel kanser hepar manusia
HEPG2
Issue Date: 11-Oct-2012
Description: Goniotalamin merupakan sebatian terbitan stirilpiron yang diekstrak daripada pokok Goniothalamus andersonii. Laporan kajian sebelum ini menyatakan kegunaannya sebagai agen antikanser yang berpotensi. Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan goniotalamin daripada kulit batang pokok Goniothalamus andersonii terhadap antiproliferasi, mod dan mekanisme kematian titisan sel kanser hepar manusia HepG2. Goniotalamin didapati bersifat lebih sitotoksik terhadap sel HepG2 dengan nilai GI50 1.79±0.34 µM berbanding dengan sel normal hepar manusia Chang dengan nilai GI50 10.21 ±2.42 µM. Hasil ini mencadangkan goniotalamin mempunyai ciri kesitotokosikan selektif. Seterusnya kajian mod kematian sel HepG2 teraruh goniotalamin menggunakan pewarnaan Giemsa dan mikroskopi elektron imbasan membuktikan kematian sel HepG2 adalah melalui apoptosis dan bukan nekrosis. Beberapa perubahan morfologi apoptotik pada sel HepG2 selepas diperlakukan dengan goniotalamin dapat dicerap seperti kondensasi kromatin, pengecutan sitoplasma, membran mencebis dan kehilangan mikrovili pada membran plasma. Kajian pemblotan Western menunjukkan aras pengekspresan protein proapoptotik BAX dalam sel HepG2 meningkat selepas 24 jam perlakuan goniotalamin. Manakala aras pengekspresan protein antiapoptotik BCL-2 tidak berubah di sepanjang eksperimen. Peningkatan aras protein BAX dan pengekalan aras protein BCL-2 ini secara tidak langsung meningkatkan nisbah BAX/BCL-2 yang seterusnya menyebabkan penyahkutuban membran mitokondria, lantas mengaruh apoptosis. Seterusnya kajian tapak jalan kasked kaspase mendapati kaspase-9 diaktifkan, sementara pemotongan prokaspase-8 tidak diperheparkan. Kaspase-9 yang aktif kemudian mengaktifkan kaspase-6. Kaspase-6 yang aktif seterusnya didapati memotong lamin A dan C yang membawa kepada kondensasi kromatin dan apoptosis sel. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa goniotalamin berupaya merencat pertumbuhan sel HepG2 dengan mengaruh apoptosis melalui peningkatan nisbah BAX/BCL-2, pengaktifan kaspase-9 dan kaspase-6 serta pemotongan lamin A dan C tanpa melibatkan kaspase-8.,Ph.D
Pages: 130
Call Number: QH671.W644 2012
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73446+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.