Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463238
Title: | Penjanaan klon est daripada perpustakaan cDNA Polygonum minus |
Authors: | Nur Diyana binti Roslan (P 53383) |
Supervisor: | Zamri Zainal, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Klon est Perpustakaan cDNA Polygonum minus Wild flowers |
Issue Date: | 22-Nov-2012 |
Description: | Dalam kajian ini, satu perpustakaan cDNA normal daripada daun Polygonum minus dan dua perpustakaan cDNA ternormalisasi dan yang diperkaya dengan jujukan lengkap telah dijana daripada organ batang dan akar untuk menghasilkan sumber EST bagi tapak jalan metabolit sekunder terutamanya tapak jalan biosintesis flavonoid. Sebanyak 7292 klon cDNA dipilih secara rawak telah dihantar penjujukan dan selepas pra-analisis jujukan, sebanyak 1314 (daun), 1271 (batang) dan 1611 (akar) jujukan berkualiti tinggi telah dikenalpasti sebagai unigen. Penjujukan berskala besar daripada perpustakaan cDNA P. minus dapat mengenal pasti sebanyak 4196 ESTs yang telah didepositkan ke dalam pengkalan data EST, National Center of Biotechnology Information (NCBI). Daripada tiga perpustakaan cDNA yang dijana, sebanyak 11 ESTs mengekodkan tujuh gen dapat dipeta kepada tapak jalan biosintesis flavonoid. Akhir sekali, tiga ESTs berkaitan tapak jalan biosintesis flavonoid iaitu chalcone synthase (CHS: JG745304), flavonol synthase (FLS: JG705819) and leucoanthocyanidin dioxygenase (LDOX:JG745247) telah dipilih untuk kajian seterusnya dengan menggunakan tindak balas berantai polimerase kuantitatif masa sebenar (qRT-PCR) di dalam organ P.minus yang berbeza. Penentuan pengekspresan secara qRT-PCR telah mendapati kehadiran transkrip di dalam organ daun, batang dan akar. Selain daripada itu, jujukan lengkap cDNA yang mengekod CHS telah diperoleh dengan Rapid Amplification cDNA end (RACE). Analisis jujukan menunjukkan bahawa saiz jujukan lengkap bagi pmCHS adalah 1472 bp yang mengandungi rangkaan bacaan terbuka 1172 bp mengekod 392 asid amino. Berat molekul protein ini adalah diramalkan sebanyak 43 kDa dan tiada jujukan transmembran diramal. Ini mencadangkan bahawa lokasi bagi protein ini adalah berada di sitoplama.,Master/Sarjana |
Pages: | 134 |
Call Number: | Polygonum |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_73426+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 3.35 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.