Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463232
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSheila Nathan, Prof. Dr.
dc.contributor.authorShaniza binti Abdul Aziz (P45160)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:19:25Z-
dc.date.available2023-09-25T09:19:25Z-
dc.date.issued2012-11-22
dc.identifier.otherukmvital:73364
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463232-
dc.descriptionBurkholderia pseudomallei adalah agen penyebab penyakit melioidosis. Ia merupakan penyebab utama septisemia perolehan komuniti di Asia Tenggara dan setinggi 60% daripada individu terjangkit adalah pesakit diabetik. Untuk memahami penyesuaian tapak jalan metabolisme dan faktor kevirulenan B. pseudomallei semasa bakteremia, perbandingan transkriptom dua pencilan klinikal B. pseudomallei, D286 dan IMR, yang dikultur dalam plasma darah dengan bakteria yang tumbuh dalam kaldu LB telah dijalankan. Kedua-dua pencilan ini dipilih kerana menunjukkan tahap kevirulenan berbeza dalam model hos, Caenorhabditis elegans. Profil transkriptom B. pseudomallei D286 menunjukkan sebanyak 40% daripada genom terkawalatur apabila terdedah kepada plasma. Walaupun majoriti gen ini di dalam pencilan D286 mengalami pengaruhan, lebih banyak gen yang tertindas dalam pencilan IMR. Kebanyakan gen-gen yang menunjukkan pembezaan pengekspresan terlibat dalam fungsi-fungsi penting seperti metabolisme, sampul sel dan motiliti, replikasi serta fungsi pengawalaturan. Perubahan umum dalam gen-gen metabolisme menggambarkan penyesuaian terhadap kandungan nutrien yang berbeza dalam plasma berbanding media LB. Corak penyesuaian yang sama pernah dilaporkan dalam kajian ke atas Yersinia pestis dan Staphylococcus aureus. Faktor-faktor kevirulenan seperti sistem perembesan jenis III (TTSS), sistem perembesan jenis VI (T6SS) dan flagelum juga teraruh. Aruhan gen-gen yang melibatkan pembahagian sel dan replikasi menunjukkan kebolehan B. pseudomallei untuk membiak dengan baik dalam plasma. Untuk mengkaji fenomena hiper-kerentanan pesakit diabetes terhadap melioidosis, glukosa telah ditambah ke dalam plasma dan perbezaan transkriptom bakteria dengan kehadiran glukosa telah dianalisis. Dengan kehadiran glukosa, pola pengekspresan yang berbeza di antara kedua-dua pencilan diperhatikan. Pencilan D286 tidak menunjukkan perubahan pengekspresan, manakala lebih 1000 gen pada peringkat transkriptom pencilan IMR mengalami pembezaan pengekspresan. Kumpulan-kumpulan gen yang telah dikawal atur termasuk pengangkutan dan pengikatan, sampul sel dan juga metabolisme. Apabila kajian ini dilanjutkan untuk melihat kesan modulasi transkriptom ke atas kemandirian C. elegans, pencilan IMR yang dikultur dalam kehadiran glukosa didapati membunuh C. elegans dengan lebih cepat. Walaupun kebanyakan gen yang dikawalatur adalah tertindas, pengawalaturan gen-gen elemen bakteriofaj mencadangkan peranan elemen baru yang membolehkan pencilan IMR berkelakuan menunjukkan sifat lebih virulen apabila terdedah kepada glukosa. Kajian transkriptom B. pseudomallei dalam plasma telah meningkatkan pemahaman proses penyesuaian bakteria semasa peringkat jangkitan bakteremia serta kesan glukosa terhadap jangkitan B. pseudomallei.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectPlasma
dc.subjectGlukosa
dc.subjectTranskriptom Burkholderia pseudomallei
dc.subjectMicrobiology
dc.titleKesan plasma dan glukosa ke atas transkriptom Burkholderia pseudomallei
dc.typetheses
dc.format.pages99
dc.identifier.callnoQR61.S525 2012
dc.identifier.barcode000357
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_73364+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.