Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463231
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Azmin Sham Rambely, Dr. | - |
dc.contributor.author | Nor Atikah Ab Ghani (P51847) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:19:23Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:19:23Z | - |
dc.date.issued | 2013-11-15 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:72916 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463231 | - |
dc.description | Obesiti dan osteoporosis merupakan dua isu kesihatan yang membimbangkan. Penyumbang utamanya adalah diet yang tidak sihat, pengambilan tenaga yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal, berat badan berlebihan dan pengambilan alkohol yang memudaratkan. Aktiviti fizikal yang dilakukan melalui aktiviti lompat tali (LT) membawa banyak manfaat kepada kesihatan dan membantu mencegah obesiti dan osteoporosis dengan membakar hampir 300 kcal·min-1 bagi individu 56 kg. Aktiviti LT membantu meningkatkan kepadatan mineral tulang (KMT) kanak-kanak apabila melakukan LT 6.7±3.1 jam/minggu. Walaupun LT merupakan sejenis aktiviti melompat, aktiviti ini berbeza daripada lompatan biasa kerana LT memerlukan koordinasi mata-tangan-kaki. Dua objektif kajian ini adalah: untuk mengkaji aktiviti LT secara biomekanik melalui perlakuan segmen, kedudukan pusat jisim (KPJ), sudut pada sendi dan daya kilasan serta untuk melihat perbezaan pelaksanaan aktiviti LT dengan satu dan dua kaki. Kajian ini juga membandingkan aktiviti LT dengan aktiviti lain seperti berjalan, berlari dan melompat. Satu model biomekanik dua dimensi, tiga rantaian kinematik terbuka telah dibangunkan menggunakan kaedah Kane untuk mengkaji kilasan yang dihasilkan semasa LT dilakukan. Enam subjek, iaitu dua lelaki dan empat perempuan (min±SD; umur: 8.00±1.25 tahun, berat badan: 17.90±6.85 kg dan tinggi: 1.22±0.08 m) mengambil bahagian dalam kajian ini. Subjek dikehendaki melakukan lima kitaran LT tanpa henti mengikut kelajuan yang selesa bagi mereka. Sistem Vicon Nexus digunakan untuk merakam pergerakan aktiviti LT yang dilakukan untuk menghasilkan data kinematik bagi pinggiran bawah badan bagi setiap lompatan. Data mentah daripada aktiviti LT yang dihasilkan dilicin dengan menggunakan kaedah splin kubik yang diprogramkan dalam Matlab dan kaedah ruang-skala Gaussian yang diprogramkan dalam perisian Mathematica. Dalam kajian ini, kaedah ruang-skala Gaussian telah dipilih untuk menapis data mentah. Data yang telah ditapis kemudiannya digunakan sebagai input dalam model matematik untuk mengira nilai kilasan yang dihasilkan. Model ini telah diprogramkan dalam perisian R untuk melihat perbezaan antara dua teknik LT. Keputusan menunjukkan aktiviti LT berbeza berbanding aktiviti berjalan dan berlari kerana LT memerlukan subjek untuk mendarat pada bebola kaki dan bukan pada tumit. Hasil kajian mendapati bahawa LT dengan dua kaki adalah lebih stabil dan corak lompatan boleh dikekalkan sepanjang lima kitaran berbanding dengan satu kaki, berdasarkan corak KPJ yang dihasilkan. Tambahan pula, masa mendarat yang panjang bagi LT menggunakan dua kaki membolehkan subjek melakukan lebih dorsifleksi pada sendi buku lali dan juga fleksi yang lebih pada sendi lutut dan pinggul berbanding LT menggunakan sebelah kaki. Bagi LT menggunakan sebelah kaki, kilasan yang tinggi pada sendi buku lali, lutut dan pinggul diperlukan untuk mendarat berbanding LT dua kaki. Selain itu, daya impak yang dihasilkan sewaktu mendarat bagi LT dua kaki adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan LT sebelah kaki, berjalan, berlari dan melompat. Kesimpulannya, LT dengan dua kaki dapat meningkatkan tahap keselamatan berdasarkan huraian biomekanik yang dilakukan serta dapat memberi manfaat kepada kesihatan dan mencegah obesiti serta osteoporosis.,Master | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Biomekanik | - |
dc.subject | Aktiviti Lompat Tali | - |
dc.subject | Biomechanics | - |
dc.title | Analisis biomekanik bagi pinggiran bawah untuk aktiviti lompat tali | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 199 | - |
dc.identifier.callno | QP303 .N646 2013 | - |
dc.identifier.barcode | 000828 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_72916+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.