Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463229
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamsuriah bt Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Amiruddin bin Alias. (P50139)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:19:20Z-
dc.date.available2023-09-25T09:19:20Z-
dc.date.issued2014
dc.identifier.otherukmvital:72911
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463229-
dc.descriptionKebanyakan syarikat atau organisasi mempunyai perancangan mereka tersendiri untuk memastikan objektif dan tujuan syarikat tercapai. Aplikasi Teknologi Maklumat (IT) dapat membantu pencapaian objektif organisasi serta menyumbang kepada pengurusan yang lebih sistematik dan cekap. Informasi yang menyeluruh melalui penggunaan pangkalan data sebagai satu aplikasi teknologi maklumat dapat membantu menghasilkan satu sistem pengurusan yang baik. Pengagihan kutipan zakat sebagai contoh memerlukan sistem pengurusan pangkalan data yang baik untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan untuk menerima wang agihan zakat. Masalah yang dihadapi oleh Lembaga Zakat Selangor, LZS (yang dijadikan sebagai kajian kes) tidak dapat mengenalpasti asnaf yang berkelayakan kerana tidak mempunyai sistem pangkalan data yang baik untuk mengenalpasti asnaf yang berkelayakan. Informasi isi rumah fakir miskin yang terbatas mungkin menjadi penyumbang kepada sistem agihan menjadi kurang efektif. Oleh itu wujudnya satu keperluan untuk mencadang reka bentuk pangkalan data LZS yang dapat menghasilkan sistem informasi yang berkualiti. Untuk mengenalpasti sama ada informasi yang dihasilkan adalah berkualiti, satu kaedah pengukuran diperlukan. Oleh itu faktor yang boleh digunakan untuk mengukur kualiti informasi turut dikenalpasti. Sehingga kini tiada kajian sebegini dilakukan, oleh itu kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mencadangkan satu model kualiti informasi sistem yang boleh dijadikan panduan oleh LZS untuk memastikan faedah zakat sampai kepada kumpulan sasaran. Adalah dijangka sekiranya informasi isi rumah fakir miskin diambil dari Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) dan e-Kasih, informasi zakat dan agihan akan menjadi lebih berkesan dan maklumat ini dijadikan panduan dalam mereka bentuk model yang dicadangkan. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada empat fasa iaitu fasa perancangan, analisis, rekabentuk dan penilaian. Model yang dibangunkan disahkan melalui kajian soal selidik. Seramai 16 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik ini. Hasil dapatan menunjukkan model yang dicadangkan dapat memastikan mutu proses agihan di LZS dipertingkatkan. Disamping itu adalah diharapkan model ini dapat mengimbangkan peningkatan jumlah penduduk miskin dan jumlah kutipan zakat pada masa akan datang,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectProses agihan LZS
dc.titleModel kualiti informasi dalam peningkatan proses agihan LZS (MOKIPAL)
dc.typetheses
dc.format.pages95
dc.identifier.callnoQA76.9.D26M834 2014 3 tesis
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72911+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
659.38 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.