Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463228
Title: | Aktiviti antiplasmodium daripada Artocarpus scortechinii dan Coscinium fenestratum |
Authors: | Amatul Hamizah Md. Ali (P57483) |
Supervisor: | Hasidah Mohd Sidek, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Antiplasmodium Medicinal plants |
Issue Date: | 2014 |
Description: | Usaha penyaringan ekstrak semula jadi berpotensi untuk aktiviti antimalaria adalah wajar memandangkan perkembangan kerintangan parasit Plasmodium terhadap drug sedia ada. Kajian ini dijalankan untuk menilai aktiviti antiplasmodium dua tumbuhan ubatan tradisional (Artocarpus scortechinii dan Coscinium fenestratum) melalui pendekatan in vitro dan in vivo. Ekstrak etanol dan akues daripada A. scortechinii masing-masing menunjukkan aktiviti antimalaria in vitro yang sederhana (10<IC50<50) dan kesan minimum ke atas sel mamalia hepar Chang (IC50>500) serta indeks pemilihan (SI) yang baik (SI>10) ke atas strain sensitif-klorokuin Plasmodium falciparum 3D7. Ekstrak etanol daripada A. scortechinii dipilih untuk ujian in vivo dan pemfraksian kerana mempamerkan perencatan pertumbuhan yang baik semasa ujian in vitro. Semasa infeksi malaria model murin, ekstrak etanol mempamerkan kesan kemopenekanan yang kuat terhadap P. berghei NK65 sensitif-klorokuin bagi dos 50 mg/kg berat tubuh (74.77%) dan 100 mg/kg berat tubuh (78.35%). Kemandirian mencit terinfeksi diperlaku dengan ekstrak etanol turut meningkat. Engeletin dipencilkan daripada A. scortechinii menggunakan kromatografi cecair vakum (KCV) dan kromatografi turus Sephadex (KTS) menunjukkan aktiviti perencatan yang sederhana terhadap strain 3D7 secara in vitro (IC50=33.15±1.26 µM). Dalam kajian ini, pemfraksian dengan kaedah KCV dijalankan terhadap ekstrak metanol C. fenestratum yang dilaporkan dengan kesan perencatan pertumbuhan yang baik. Fraksi gabungan I/II (FG-I/II) daripada ekstrak metanol C. fenestratum menunjukkan aktiviti perencatan yang kuat terhadap pertumbuhan strain 3D7 (IC50 =1.26±1.33µg/mL; SI=52.71). Semasa ujian in vivo, FG-I/II menunjukkan kemopenekanan melebihi 70% pada dos perlakuan 25 mg/kg BT, 50 mg/kg BT dan 100 mg/kg BT. Kemandirian mencit terinfeksi diperlaku dengan FG-I/II turut meningkat. Dua sebatian kimia dikenalpasti daripada C. fenestratum melalui kaedah kromatografi cecair prestasi tinggi (KCPT) dan kromatografi cecair jisim spektrometri (KCJS) iaitu palmatin dan berberin menunjukkan aktiviti antiplasmodium yang kuat secara in vitro. Sebatian kimia lain, 20-hidroksiekdison dikenalpasti daripada C. fenestratum mempamerkan aktiviti antiplasmodium yang sederhana terhadap strain 3D7 secara in vitro (IC50=34.00±0.22µM; SI=14.96). Secara keseluruhannya, data yang diperoleh daripada kajian ini mencadangkan penglibatan sebatian kimia yang dikenal pasti dalam A. scortechinii dan C. fenestratum (palmatin, berberin, 20-hidroksiekdison dan engeletin) dalam aktiviti antiplasmodium yang dicerap secara in vitro dan in vivo. Selain itu, hasil kajian yang diperoleh membekalkan asas saintifik penggunaan tradisional kedua-dua tumbuhan untuk merawat malaria dan inflamasi.,Master/Sarjana |
Pages: | 148 |
Call Number: | QK99.A574 2014 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_72907+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 6.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.