Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463227
Title: | Sintesis stok asas biopelincir berasaskan asid lemak isirong kelapa sawit dan trimetilolpropana |
Authors: | Farah Nadiah binti Jantan (P46262) |
Supervisor: | Jumat Salimon, Prof. Dr. |
Keywords: | Biopelincir Asid lemak isirong Kelapa sawit Trimetilolpropana Lubrication and lubricants |
Issue Date: | 7-Sep-2013 |
Description: | Sintesis stok asas biopelincir berasaskan asid lemak isirong kelapa sawit (PKFA) dan trimetilolpropana (TMP) dihasilkan untuk mengatasi masalah minyak tumbuhan iaitu kestabilan oksidatif dan terma yang rendah serta kebolehaliran pada suhu rendah yang lemah. Proses esterifikasi antara PKFA dan TMP menghasilkan ester trimetilolpropana (ETMP). Keadaan tindak balas optimum diperolehi pada nisbah molar 4:1 (PKFA:TMP), pada suhu 150°C, selama 5 jam dan 1% (b/b) asid sulfurik sebagai mangkin. ETMP yang diperolehi mengandungi 95% triester. Pengepoksidaan ETMP dilakukan dengan menggunakan hidrogen peroksida (H2O2) dan asid formik (FA) bagi menghasilkan ETMP terepoksida (ETMPE). Keadaan tindak balas optimum diperolehi pada nisbah molar 1:5:6 (C=C: FA: H2O2), suhu 45°C selama 2 jam. ETMPE yang diperolehi mempunyai nilai kandungan oksigen oksirana (OOCe%) sebanyak 0.97%, peratus penukaran oksirana relatif (RCO%) sebanyak 97% dan nilai iodin 0.53 g/ 100 g I2. Modifikasi melalui tindak balas pembukaan gelang oksirana dengan penambahan oktanol atau 2-etilheksanol (2EH) menghasilkan hidroksi eter ETMP (EETMP) telah dilakukan. Tindak balas pembukaan gelang oksirana dijalankan pada nisbah molar 1:1 (gelang oksirana:alkohol), suhu 120°C selama 6 jam dan 1% (b/b) asid sulfurik sebagai mangkin. Hasil EETMP yang diperolehi adalah 66% (b/b). Penghasilan ETMP, ETMPE dan EETMP dikenalpasti melalui analisis FT-IR dan NMR. Spektrum FT-IR ETMP menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi karbonil ester (C=O) pada nombor gelombang 1744 cm-1 manakala spektrum FT-IR ETMPE menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi epoksida pada 825 cm-1 dan 914 cm-1. Spektrum FT-IR EETMP menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi eter (-C-O-C-) pada 1172 cm-1 dan kehilangan puncak kumpulan epoksida. Anjakan kimia dalam spektrum 1H NMR ETMP menunjukkan kehadiran hidrogen alfa ester pada 2.2-2.3 ppm dan hidrogen metilena ester pada 4.0 ppm. Anjakan kimia dalam spektrum 1H NMR ETMPE dan EETMP masing-masing menunjukkan hidrogen metina epoksida pada 2.8-2.9 ppm dan hidrogen metilena eter pada 3.5-3.6 ppm. Anjakan kimia dalam spektrum 13C NMR ETMP, ETMPE dan EETMP masing-masing menunjukkan kehadiran kumpulan karbonil ester pada 173 ppm, karbon kumpulan epoksida pada 57 ppm dan karbon kumpulan eter pada 72-73 ppm. Pencirian ke atas EETMP (2EH) sebagai stok asas biopelincir menunjukkan nilai takat kilat pada suhu 310°C, takat tuang pada suhu -13°C, kestabilan oksidatif adalah 204°C, indeks kelikatan sebanyak 162 dengan kelikatan kinematik masing-masing pada 40°C dan 100°C adalah 50.74 cSt dan 9.09 cSt. Sifat-sifat fizikal dan kimia yang diperolehi menunjukkan EETMP (2EH) berpotensi digunakan sebagai stok asas biopelincir.,Master/Sarjana |
Pages: | 159 |
Call Number: | TJ1077.F347 2013 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_72906+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.25 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.