Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463225
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Azim Shamsudin-
dc.contributor.authorMohd Azim Shamsudin-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:19:14Z-
dc.date.available2023-09-25T09:19:14Z-
dc.date.issued2011-05-30-
dc.identifier.otherukmvital:42551-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/463225-
dc.descriptionKajian ini menyelidik kejadian fenomena pengaliratasan di kawasan pelantar benua pantai timur Semenanjung Malaysia pada musim monsun barat daya tahun 2007 dan 2008. Kajian ini melibatkan pencerapan terus data oseanografi, analisis imej satelit dan permodelan berangka lautan. Enam pelayaran pencerapan data telah dijalankan sepanjang tempoh kajian. Profil saliniti dan suhu serta kelajuan arus mengikut kedalaman dicerap dan dibandingkan dengan hasil simulasi model. Lokasi serta masa berlakunya fenomena pengaliratasan ditentukan melalui imej satelit yang dimuat turun melalui internet. Imej peringkat ketiga suhu permukaan laut dari sensor Sea WiFS dan imej wama lautan dari sensor Aqua MODIS digunakan manakala imej ketinggian aras laut anomali dimuat turun dari sensor TopexlPoseidon dan satelit Jason-I. Angin permukaan semasa tempoh berlaku pengaliratasan pula dimuat turun dari National Center for Atmospheric Research. Princeton Ocean Model (POM) digunakan untuk mengkaji dinamik kehadiran proses pengaliratasan di kawasan kajian secara berangka. Model meliputi kawasan dari longitud 96° T ke 116° T dan latitud 5° S ke 15° U disimulasi dengan resolusi 0.1° x 0.1° dengan 10 paras menegak sigma. Model didayakan setiap 6 jam dengan angin serta tekanan permukaan dan ditentusahkan dengan data cerapan suhu dan saliniti. Terdapat tiga fenomena pengaliratasan dikesan sepanjang tempoh kajian. Basil simulasi menunjukkan kehadiran keadaan konsisten yang ideal untuk proses pengaliratasan berlaku, di mana lapisan isoterma dan isohalin terangkat ke permukaan di sepanjang pesisir. Ini adalah disebabkan oleh angkutan Ekman menggerakkan jasad air ke luar pesisir apabila angin bertiup selari dengan pesisir. Konsisten dengan kehadiran proses pengaliratasan, kelajuan arus mencancang di kawasan berlaku pengaliratasan juga menunjukkan pergerakan ke atas yang kuat sehingga mencecah 1 x 10.4 ms•l. Basil simulasi juga menunjukkan bahawa proses pengaliratasan hanya boleh berlaku apabila angin yang mendayakan proses adalah konsisten dan selari dengan garisan pesisir. Angin yang lemah iaitu kurang dari tiga per-empat angin sebenar atau ~ 7 ms•l mungkin tidak sesuai untuk proses pengaliratasan membentuk.,Sarjana Sains-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectPelantar-
dc.subjectPengaliratasan-
dc.subjectBenua-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleProses Pengalirantasan Di Kawasan Pelantar Benua Pantai Timur Semenanjung Malaysia-
dc.typetheses-
dc.format.pages97-
dc.identifier.callnoGC228.5. M638 2011-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_42551+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.71 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.