Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462839
Title: | Pengaruh Penambahan BaTiO, Ke Atas Seramik Natrium Bismut Titanat Sebagai Pengesan Tekanan |
Authors: | Mohd Riduan Bin Mt Said |
Supervisor: | Dr. Mohammad hafizuddin Hj. Jumali |
Keywords: | Seramik Natrium Pengesan Piezoelectric transducers |
Issue Date: | 12-Apr-2012 |
Description: | Satu kajian berkenaan kesesuaian seramik perovskit berasaskan (Nao.sBio.s)Ti03 (NBT) sebagai bahan aktifbersifat mesra alam untuk sensor tekanan telah dijalankan. Dalam kajian ini, seramik berasaskan NBT telah disediakan secara tindakbalas keadaan pepejal. Kajian ini terbahagi kepada 2 peringkat iaitu (i) menentukan suhu sinter terbaik untuk NBT dan (ii) menentukan pengaruh penambahan BaTi03 ke atas pre stasi pengesanan tekanan NBT. Bagi peringkat pertama, tiga suhu sinter yang berbeza iaitu noo-c, 12000e dan l3000e telah dipilih. Manakala bagi peringkat kedua, penambahan BaTi03 dilakukan dalam julat 0-10wt%. Kesemua sampel yang disediakan dicirikan menggunakan XRD dan SEM sementara kesesuaian bahan ini sebagai sensor tekanan diuji menggunakan kaedah beban pneumatik. Bagi ujian ini, voltan pemula dalam julat 0-ISV dikenakan ke atas sampel. Pada peringkat pertama, pencirian XRD mendapati pembentukan polihablur NBT adalah tinggi di samping terdapat sedikit (<10%) fasa sekunder Bi2Ti207. Pencirian SEM pula menunjukkan butiran seramik NBT adalah berbucu dan saiznya meningkat ~ 1 Oum berpadanan dengan peningkatan suhu sinter. Melalui ujian pengesanan tekanan, NBT yang disinter pada suhu sinter 11000e menghasilkan tindakbalas elektromekanikal yang lebih baik berbanding dengan sampel yang disinter pada suhu 12000e dan noe-c. Pencirian XRD ke atas seramik NBT yang ditambah dengan BaTi03 menunjukkan struktur hablur rombohedral NBT adalah tidak berubah. Selain itu terdapat 3 fasa berasingan iaitu NBT, BaTi03 dan Bi2 Th07 di dalam bahan ini. Pencirian SEM menunjukkan kesemua sampel NBT dengan penambahan BaTi03 memiliki saiz butiran yang lebih kecil dan mempunyai banyak liang terbuka. Pre stasi pengesanan tekanan oleh seramik NBT dengan penambahan BaTi03 didapati merosot dengan sifat elektromekanikal yang lemah walaupun dikenakan voltan pemula. Tanpa penambahan BaTi03, seramik NBT menunjukkan tindak balas pengesanan tekanan dengan sifat kepekaan, kestabilan dan kebolehulangan yang lebih baik. Ini disebabkan oleh kandungan fasa rombohedral NBT yang lebih tinggi di dalam sampel.,Sarjana Sains |
Pages: | 87 |
Call Number: | TJ223.T7.M847 2012 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_70873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 687.72 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.