Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462837
Title: Kajian Terhadap Sifat Mekanik, Terma Dan Kekonduksian Komposit Poliuretana - Poli-P-Fenilena Terdop FeCl3
Authors: Maisara Shahrom binti Raja Shahrom
Supervisor: Prof. Madya Dr. Khairiah Haji Badri
Keywords: Poliuretana
Mekanik
Komposit
Dissertaions
Academic -- Malaysia.
Issue Date: 24-Nov-2011
Description: Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan agen dopan terhadap sifat kekonduksian komposit polimer poliuretana-poli-p-fenilena (PU-PPP). Agen pendopan yang digunakan dalam kajian ini adalah ferum (III) klorida (FeCh), asid sulfurik (H2S04) dan natrium naftalida (CIOHsNa). Analisis spektroskopi infra-merah Fourier- Transform (FfIR) , analisis termogravimetri (TGA), analisis kalorimetri kebezaan (DSC) dan analisis impedan dijalankan terhadap PPP tidak terdop (kawalan) dan PPP terdop. PPP terdop FeCh men yumbangkan kekonduksian seban yak (7 .12x 10-4 S/cm) berbanding PPP terdop H2S04 (1.29 x 10-4 S/cm) dan PPP terdop CIOHsNa (1.47 x 10-7 S!cm). PU dihasilkan melalui tindak balas monoester-OH sawit dengan 2,4- difenilmetilena diisosianat (MDI). Empat komposisi PU berbeza disediakan mengikut kaedah prapempolimeran dengan mengvariasikan nisbah antara monoester OH dan MDI dan dilabelkan sebagai PUI (100:200), PU2 (100: 150), PU3 (100: 100) dan PU4 (100:75). Pengoptimuman formulasi PU mendapati PUI (100:200) memberikan sifat term a (Tg 74•C dan kestabilan suhu 195•C) dan peratus kandungan gel tertinggi (66%) berbanding PU2, PU3 dan PU4. Oleh itu, komposit PUI - PPP terdop FeCh digunakan sebagai formula kawalan PU-PPP. Komposit PU-PPP disediakan dengan peratus penambahan PPP sebanyak 0, 10, 20, 30 dan 40 mengikut berat sistem PU. Ujian kekuatan regangan menunjukkan PU-PPP 30% memberikan nilai regangan yang optimum iaitu 2036.67 kPa. Ujian impedan menunjukkan sifat kekonduksian elektrik PU-PPP semakin meningkat dengan penambahan PPP ke dalam sistem PU. Pencirian impedan menunjukkan PU-PPP 40% memberikan nilai kekonduksian tertinggi iaitu 24.73 x 10-10 Stcm. Partikel PPP tersebar secara rawak dan bersentuhan antara satu sarna lain dan ini memberikan interaksi yang baik antara PPP. Ujian terma pula menunjukkan komposit PU-PPP memberikan dua nilai T g iaitu julat suhu antara . 72 •C hingga 82 •C yang merupakan suhu Tg bagi PU dan julat suhu antara 194•C hingga 216•C yang merupakan suhu Tg bagi PPP. Suhu Tg bagi PU meningkat dengan penambahan komposisi PPP kerana kehadiran pengisi PPP dengan suhu T g yang lebih tinggi (212°C) mempengaruhi suhu Tg bagi PU. Analisis TGA pula menunjukkan dengan penambahan PPP, suhu stabil bagi PU meningkat dari 205•C sehingga 240•C. Suhu stabil ini dipengaruhi oleh kehadiran PPP yang mempunyai suhu peleraian yang tinggi sehingga ke 700°C.,Sarjana Sains
Pages: 107
Call Number: TP1180.P8.M335 2011 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_47113+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.54 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.