Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462836
Title: Pengekspresan Dan Pencirian Kitin Deasetilase Daripada Colletotricum gloeosporioides
Authors: Noorul aini binti Sulaiman
Supervisor: Dr. Amir Rabu
Keywords: Pengekspresan
Pencirian
Kitin Deasetilase
Colletotricum Gloeosporioides
Gene expression
Issue Date: 1-Mar-2012
Description: Enzim kitin deasetilase (CDA; EC 3.5.1.41) merupakan enzim yang menjalankan aktiviti deasetilasi ke atas kitin dan menukarkannya kepada kitosan yang mempunyai pelbagai aplikasi di dalam industri. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mencirikan gen mengkod kitin deasetilase daripada kulat patogen tumbuhan Colletotrichum gloeosporioides strain PeuB dan mengekspreskan enzim tersebut untuk mencirikan protein terbitannya. cDNA gen kitin deasetilase (CgCDA) C. gloeosporioides yang bersaiz 1173 pb diamplifikasikan daripada RNA jumlah dengan kawasan peptida isyarat menggunakan tindak balas rantai polimerase (PCR). Semasa amplifikasi, tapak enzim penyekat Pac 1 dan Fse 1 ditambah pada jujukan bagi tujuan pensubklonan ke dalam vektor pengekspresan ANlp5ms. Hasil produk PCR diklonkan ke dalam vektor pengklonan pGEMWT easy dan ditransformasikan ke dalam sel kompeten E. coli DH5u. Analisis penjajaran jujukan mengesahkan kawasan terpulihara CDA terdiri daripada domain polisakarida deasetilase 1 atau domain homologi NodB yang menggambarkan domain katalitik CDA serta mempunyai padanan asid amino dengan CDA daripada sumber kulat lain. Seterusnya, DNA selitan yang dibawa oleh transforman positif selepas penyaringan menggunakan kaedah PCR dan analisis enzim penyekat disubklon ke dalam vektor pengekspresan ANlp5ms dan ditransformasikan ke dalam Aspergillus niger melalui protoplas. Pengekspresan protein rekombinan CDA dilakukan selama 7 hari pada suhu 30°C di dalam medium minimum bermaltosa. CDA rekombinan yang mempunyai berat molekul 33 kD berjaya diekspreskan dan ditulenkan dengan menggunakan dua langkah iaitu pemendakkan ammonium sui fat dan kromatografi penurasan gel Superdex 0-200. CDA rekombinan telah ditulenkan 17.5 kali ganda dengan penghasilan 0.18% dan aktiviti spesifik sebanyak 110.8 mU/mg. Dengan menggunakan kitin koloid sebagai substrat, suhu optimum aktiviti CDA adalah pada 60°C dan pH optimum pada pH 8. Enzim ini stabil pada pH 5.0 hingga pH 9.0 dan pada suhu 80°C selama 1 jam iaitu mengekalkan sebanyak 68% aktiviti lebihannya. Ion-Ion logam seperti Mn, Li Mg, Ca , Fe ,Cu dan Zn tidak menunjukan kesan tindakan yang signifikan namun mempunyai sedikit peningkatan atau perencatan terhadap aktiviti CDA seperti ion Co2+ yang didapati meningkatkan aktiviti CDA sebanyak 11 % pada kepekatan 0.1 mM. Kajian kinetik dengan menggunakan substrat yang sarna memberikan nilai Krn 0.33 mM dan Vrnax 83.33 umol/ml.zrnin.Kestabilan kitin deasetilase rekombinan ini pada julat pH yang luas dan suhu yang tinggi, serta tanpa penambahan ion logam menunjukkan enzim yang serba guna ini boleh menjadi altematif kepada penyahasetil kitin secara kaedah termokimia yang sedia ada dan boleh dikaji dengan lebih mendalam lagi bagi menerokai potensi aplikasinya di dalam industri.,Sarjana Sains
Pages: 115
Call Number: QH450.N645 2012 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_42588+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.18 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.