Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462834
Title: | Kesan Jenis-jenis Tanih Terhadap Kandungan Mineral, Logam Berat Dan Jumlah Sebatian Fenol Buah Dan Daun Jambu Batu Merah (Psidium guajava) Di Ladang Sungai Wangi, Sitiawan, Perak |
Authors: | Yap Ding Woei |
Supervisor: | Prof. Dr. Aminah Abdullah |
Keywords: | Mineral Logam Tanah Buah Jambu Batu Soil pollution |
Issue Date: | 28-Apr-2011 |
Description: | Objektif kajian ini adalah untuk menentukan dan membandingkan kandungan kepekatan logam berat dan jumlah sebatian fenol dalam buah dan daun jambu batu merah (Psidium guajava) serta menentukan kepekatan logam berat dalam tiga siri tanih yang berbeza dengan dua kali persampelan iaitu pada bulan Jun dan September 2008. Kajian ini telah dijalankan di Ladang Sungai Wangi, Sitiawan, Perak pada tiga siri tanih yang berbeza diambil iaitu Siri Sogomana, Tawar dan Sitiawan. Logam berat yang dikaji ialah plumbum (Pb), kadmium (Cd), kuprum (Cu), zink (Zn), ferum (Fe), mangan (Mn), nikel (Ni) dan kromium (Cr). Kaedah penghadaman basah digunakan untuk menganalisis kandungan logam berat dalam buah dan daun jambu batu merah. Kaedah ekstraksi jujukan telah digunakan untuk mengekstrak logam-logam berat dalam tanih. Kaedah ini mempunyai empat fraksi iaitu fraksi tukarganti ion dan mudah luluh larut ( TIML), fraksi penurunan asid (PA), fraksi oksidasi organik (00) dan fraksi resistan (RR). lumlah sebatian fenol dalam buah dan daun jambu batu merah ditentukan dengan kaedah pengekstrakan metanol. Hasil kajian hanya menurnpukan pad a fraksi TIML dimana fraksi ini mempunyai keupayaan mobiliti logam dan ketersediaan kepada tumbuhan yang tinggi Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata kepekatan kehadiran logam berat dalam daun tua paling tinggi (p<O.OS) berbanding dengan daun muda, biji, kulit dan isi pada pokok jambu yang ditanam pada tiga siri tanih yang dikaji dalam tempoh dua kali persampelan. Keputusan juga menunjukkan logam Fe, Mn dan Zn adalah logam paling dominan (p<O.OS) dalam semua bahagian buah dan daun jambu batu merah yang diuji bagi ketiga-tiga siri tanih yang dikaji. Purata kepekatan purata logam berat dalam tanih paling tinggi (p<O.OS) pada fraksi resisten (RR). Dua logam yang paling dominan diekstrak dalam tanih adalah Fe dan Mn bagi untuk semua persampelan. Purata kepekatan jumlah sebatian fenol paling tinggi (p<O.OS) dalam daun tua bagi ketiga-tiga siri tanih pada persampelan pertama dan daun muda pada persampelan kedua. Purata kandungan jumlah sebatian fenol pada buah jambu batu merah dan daun mengikut tertib menurun (p<O.OS) dalam daun > kulit buah > buah keseluruhan > isi dalam ketiga-tiga siri tanih pad a kedua-dua masa persampelan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat korelasi negatif ( r = -0.766) bagi purata kepekatan Iogam-logam berat dan kandungan jumlah sebatian fenol dalam buah jambu batu merah dan daun pada ke tiga-tiga siri tanih di antara masa persampelan pertama dan kedua (r=-0.829). Korelasi negatif juga diperolehi di antara purata kandungan logam berat dalam tanih dan kandungan jumlah sebatian fenol dalam buah dan daun jambu batu merah ( r = -0.766 dan r = -0.829 masing - masing) pada kedua-dua masa persampelan. Sebaliknya purata kepekatan logam berat dalam tanih dan dalam buah dan daun jambu batu merah, menunjukkan korelasi linear positif dan negatif (P< O.OS, r = -O.4SS hingga 0.861) pada beberapa bahagian buah dan daun jambu batu merah serta semua fraksi tanih pada kedua-dua masa persampelan. Secara keseluruhan kajian ini menunjukkan tiga siri tanih yang berbeza tidak mempengaruhi logam berat dan sebatian jumlah fenol dalam buah dan daun jambu batu merah.,Sarjana Sains |
Pages: | 231 |
Call Number: | S592.6.H43.Y347 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_42554+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.36 MB | Adobe PDF | View/Open | |
ukmvital_42554+SOURCE2+SOURCE2.0.PDF Restricted Access | 1.38 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.