Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462832
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFarah Diba Abu Bakar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorGrace Lymie James (P78591)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:11:14Z-
dc.date.available2023-09-25T09:11:14Z-
dc.date.issued2020-10-04
dc.identifier.otherukmvital:130793
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462832-
dc.descriptionPembakaran hutan dan tanah yang disebabkan oleh pencatasan dan pembakaran biojisim di Indonesia telah menyebabkan peristiwa jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara pada musim kering dan kemarau dari bulan Jun sehingga Oktober setiap tahun. Kandungan mikroorganisma dalam zarah jerebu semasa peristiwa jerebu di Malaysia tidak pernah dilaporkan justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti muatan dan kepelbagaian mikroorganisma semasa peristiwa jerebu pada tahun 2013 dan 2015 di Malaysia yang mencatat nilai melebihi 140 pada Indeks Pencemaran Udara (IPU). Kajian ini melibatkan enam sampel udara yang dikumpul dari Petaling Jaya dari 17 Jun 2013 sehingga 20 Oktober 2015, di mana sampel udara tersebut termasuk sampel hari berjerebu dan tidak berjerebu (sebagai kawalan). Analisis trajektori angin berbalik telah menunjukkan bahawa asap dan jerebu yang terhasilkan pada tahun 2013 dan 2015 telah dibawa oleh angin dari kawasan utara Sumatra dan Riau. Kepekatan levoglukosan, ion kalium dan ion klorida semasa hari berjerebu adalah tiga sehingga tujuh kali ganda berbanding kepada hari tidak berjerebu. DNA genom telah diekstrak daripada sampel udara dan metagenom diamplifikasi dengan menggunakan amplifikasi penyesaran pelbagai (MDA) untuk menggandakan kepekatan DNA yang telah diekstrak dan kemudiannya diikuti dengan penjujukan DNA dengan menggunakan penjujuk HiSeq 2000. Mikroorganisma berdaya hidup dalam sampel udara juga telah dikenal pasti melalui kaedah pengkulturan. Kajian ini telah mengenal pasti lebih banyak bakteria berbanding kepada kulat. Filum bakteria dan kulat utama dalam sampel berjerebu yang telah dikenal pasti melalui penjujukan pemprosesan tinggi masing-masing adalah Proteobacteria, Firmicutes, Actinobacteria, Ascomycota dan Basidiomycota. Sementara itu, kebanyakan jenis bakteria dan kulat yang dapat dikultur daripada sampel berjerebu masing-masing adalah daripada genus Bacillus, Aspergillus dan Penicillium. Kesimpulannya, patogen yang telah dikenal pasti dalam sampel berjerebu adalah dua sehingga tujuh kali ganda berbanding sampel tidak berjerebu. Kandungan dan kepelbagaian mikroorganisma bagi sampel berjerebu adalah dua sehingga sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding sampel kawalan. Kehadiran patogen manusia, binatang dan tanaman yang lebih tinggi dalam sampel berjerebu berbanding sampel kawalan adalah amat mengkhuatirkan. Sehubungan dengan itu, data metagenom yang telah didapati daripada kajian ini dapat menyumbang kepada pengenalpastian kepelbagaian bakteria dan kulat dalam sampel berjerebu selain dapat menunjukkan potensi ancaman daripada mikroorganisma berpatogen.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectMikroorganisma
dc.subjectJerebu -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleMikroorganisma bawaan udara semasa peristiwa asap jerebu di Malaysia pada tahun 2013 dan 2015
dc.typetheses
dc.format.pages244
dc.identifier.barcode006890(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130793+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
14.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.