Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462830
Title: | Pemencilan dan pencirian polisakarida berfungsi daripada rumpai laut perang Malaysia (Surgassum polycystum, Padina boryana dan turbinaria ornata) |
Authors: | Nur Afifah Mohd Fauziee (P94455) |
Supervisor: | Lim Seng Joe, Dr. |
Keywords: | Rumpai laut Polisakarida -- Ekstrak Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Mar-2021 |
Description: | Phaeophyta atau rumpai laut perang, adalah sumber polisakarida berfungsi dengan pelbagai bioaktiviti yang tinggi. Walau bagaimanapun, ciri struktur polisakarida yang diekstrak daripada rumpai laut perang Malaysia masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. Tujuan kajian ini adalah untuk mengekstrak polisakarida berfungsi, iaitu fukoidan (F), laminaran (L) dan alginat (A) daripada Sargassum polycystum, Padina boryana dan Turbinaria ornata, seterusnya menentukan ciri-ciri fizikokimia seperti kandungan sulfat, profil monosakarida, inframerah transformasi Fourier (FTIR), warna, kelikatan dan aktiviti air serta aktiviti antioksida dalam ekstrak polisakarida. Selain itu, aktiviti biologi polisakarida yang diekstrak dalam asai MTT dan ujian ketoksikan embrio zebrafish. Didapati bahawa P. boryana mempunyai kandungan karbohidrat dan fukoidan tertinggi secara signifikan (p<0.05) iaitu masing-masing sebanyak 74.78±1.63% dan 1.59±0.16% (Fpad), manakala T. ornata mengandungi hasil alginat tertinggi (Atur=105.19±3.45%) secara signifikan (p<0.05). Sementara itu, ekstrak fukoidan daripada S. polycystum (Fsar), Padina boryana (Fpad) dan T. ornata (Ftur) masing-masing mengandungi kandungan sulfat (29.65±5.07%, 29.37±0.05% dan 26.73±3.41%) tertinggi antara semua polisakarida yang diekstrak. Semua ekstrak polisakarida dikenal pasti dan menunjukkan corak spektrum FTIR yang serupa dengan piawai polisakarida masing-masing. Purata indeks keperengan semua polisakarida adalah sekita 40, manakala aktiviti air semua polisakarida berada dalam lingkungan 0.63-0.71. Dalam aktiviti antioksida, ekstrak laminaran menunjukkan jumlah kandungan fenolik tertinggi secara signifikan (p<0.05) iaitu (Lsar=43.29±0.43 mgGAE/g) dan aktiviti pemerangkapan anion superoksida (Lsig=21.7±3.6%). Sebaliknya, aktiviti pemerangkapan DPPH dicatatkan tertinggi dalam alginat dengan Asar pada 85.3±0.8%. Semua ekstrak laminaran menunjukkan aktiviti pemerangkapan •OH (82.70-84.03%) yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) berbanding dengan Lsig, BHA dan BHT. Polisakarida Ftur, Lsar dan Atur menunjukkan kesan anti-proliferasi terhadap sel MCF-7 yang tinggi dengan menghalang pertumbuhan kanser sel melebihi 50% pada 100 ?g/mL. Manakala, bagi sel normal BV-2 dapat dilihat kesan proliferasi sel oleh polisakarida Fpad, Ltur dan Apad dengan peratus kebolehhidupan sel yang tertinggi. Ujian ketoksikan embrio D. rerio dikaji pada ekstrak polisakarida selama 96 jam dan pembekuan telur, malformasi dan perkembangan mata, peratusan penetasan, kadar degupan jantung dan kematian dinilai. Penetasan berjaya direkod pada 72 hpf bagi semua sampel sebagai peratusan penetasan embrio menggambarkan embrio yang hidup. Ujian ketoksikan embrio D. rerio menunjukkan Atur, Fpad dan Ltur adalah tidak bertoksik (sihat dan tiada kecacatan) terhadap zebrafish hingga kepekatan 50, 60 dan 80 ?g/mL, masing-masing. Selepas 96 jam pendedahan, Apad adalah kurang toksik dengan anggaran nilai LC50 193.19 ?g/mL diikuti Lsar (166.88 ?g/mL) dan Ftur (151.54 ?g/mL). Kesimpulannya, dapatan kajian ini telah membuktikan potensi polisakarida berfungsi daripada rumpai laut perang Malaysia, dan harus dieksploitasikan untuk meningkatkan nilai industri rumpai laut Malaysia.,Sarjana Sains |
Pages: | 189 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_130746+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 618.97 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.