Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462829
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizah Baharum, Dr.
dc.contributor.authorWong Pei Yi (P97656)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:11:12Z-
dc.date.available2023-09-25T09:11:12Z-
dc.date.issued2021-09-22
dc.identifier.otherukmvital:130745
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462829-
dc.descriptionPenyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mensintesis filem antistatik (PLA/PAni) berdasarkan polianilina (PAni) dan poli(asid-laktik) (PLA) dengan memiliki sifat biodegradasi yang tinggi melalui teknik calaran halus. Filem yang terhasil dapat mengatasi masalah cas statik yang timbul pada permukaan objek dan mengurangkan masalah sisa pepejal. PAni digunakan sebagai agen antistatik telah disintesis melalui kaedah pengoksidaan kimia dengan menggunakan anilina (Ani) sebagai monomer, natrium dioktil sulfosuksinat (AOT) sebagai agen pendopan dan amonium persulfat (APS) sebagai agen pengoksidaan. Kumpulan berfungsi PAni telah disahkan melalui spektroskopi FTIR dengan kehadiran regangan kumpulan C=N-(benzonoid) dan C-N-(quinoid) pada 1584 cm-1 dan 1487 cm-1. Spektrum UV-vis menunjukkan puncak pada 350 nm, 430 nm dan 770 nm. PAni telah dihasilkan dalam keadaan pengoksidaan garam emeraldin. Analisis rintangan permukaan PAni memberi nilai 0.252 ohm/sq manakala kekonduksian elektrik PAni menunjukkan nilai 3.972x10-2 S/cm. Seterusnya, filem PLA/PAni disediakan dengan kehadiran gliserol melalui teknik penuangan larutan. Kandungan PAni telah divariasikan kepada 0 %bt., 5 %bt., 10 %bt., 15 %bt. dan 20 %bt.. Filem PLA/PAni (15 %bt.) memberi kekuatan regangan, modulus Young dan pemanjangan takat putus yang tertinggi iaitu 29.3�2.4 MPa , 1364.0�85.2 MPa dan 60.1�1.6 % masing-masing. Mikrograf FESEM mempamerkan interaksi PLA dan PAni dengan kehadiran gliserol. Filem PLA/PAni (15 %)bt. memberi nilai rintangan permukaan 2.45x1010 ohm/sq dan menunjukkan filem bersifat antistatik. Teknik calaran halus dilakukan ke atas filem PLA/PAni (15 %bt). Tujuannya adalah untuk mengkaji kesan kehadiran calaran halus terhadap sifat biodegradasi filem. Mikrograf optik telah mengesahkan kehadiran calaran halus pada filem PLA/PAni. Ujian regangan menunjukkan penurunan nilai modulus Young dari 1113 MPa (PLA/PAni tidak tercalar halus) ke 651 MPa (PLA/PAni tercalar halus) kerana kehadiran jaringan calaran halus meningkatkan mobiliti rantaian PLA/PAni. Sifat biodegradasi PLA/PAni tercalar halus menunjukkan penurunan berat sebanyak ~42 % kerana kewujudan jaringan calaran halus telah meningkatkan pendedahan filem terhadap enzim dan mempercepatkan proses penguraian.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectFilem antistatik
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenyediaan dan pencirian filem antistatik poli (asid-latik)/polianilina (pla/pani) terbiodegradasi melalui teknologi calaran halus
dc.typetheses
dc.format.pages120
dc.identifier.barcode006888(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130745+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
842.05 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.