Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462824
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Muhammad Rahimi Yusop, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Juraina Md Yusof (P80646) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:11:08Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:11:08Z | - |
dc.date.issued | 2020-09-27 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130741 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462824 | - |
dc.description | Penyediaan dan pencirian struktur nano zink oksida (ZnO) di atas tiub nano karbon kapas (CNTC) telah dikaji. CNTC telah disintesis menggunakan sumber minyak masak kelapa sawit terpakai (WCPO) menggunakan kaedah pemendapan wap kimia pemangkin terapung (FCCVD). CNTC terdiri daripada jaringan benang tiub nano karbon (CNT) yang bersifat lembut, kenyal, ringan dan menyerupai gentian kapas yang digunakan di dalam industri pakaian. Di dalam kajian ini, CNTC digunakan sebagai substrat kepada pertumbuhan struktur nano ZnO. Proses pertama di dalam kajian ini adalah sintesis CNTC dengan menggunakan kaedah FCCVD dan CNTC yang terhasil terdiri daripada CNT dinding berlapis. Purata diameter tiub nano karbon di dalam CNTC ini adalah 65 nm. Proses kedua adalah sintesis pertumbuhan struktur nano ZnO di atas CNTC menggunakan dua kaedah iaitu pemendapan elektrokimia (ED) dan pemendapan rendaman kimia (CBD). Melalui sintesis ED, dapat diperhatikan bahawa hanya partikel ZnO dengan julat diameter 10 - 60 nm didapati memenuhi permukaan CNTC. Selain itu, kaedah CBD telah dijalankan untuk pertumbuhan struktur nano ZnO di atas CNTC. Melalui kaedah ini, lapisan pembenihan ZnO telah dimendap di atas CNTC sebagai acuan pertumbuhan struktur nano dengan menggunakan 99.9% sasaran zink. Selepas sintesis dijalankan, didapati bahawa rod nano ZnO telah melitupi keseluruhan permukaan CNTC. Pencirian rod nano ZnO ini memberikan nilai nisbah bidang iaitu nisbah purata panjang kepada purata diameter rod nano sebanyak 9.4. Hasil yang didapati juga menunjukkan lapisan pembenihan yang nipis memberikan nisbah bidang yang lebih tinggi berbanding lapisan yang lebih tebal. Melalui perubahan suhu sintesis pula, nisbah bidang pertumbuhan rod nano tertinggi dicatatkan sebanyak 12 pada suhu 120 °C. Manakala, pertumbuhan rod nano ZnO juga bergantung kepada jangkamasa sintesis iaitu semakin lama jangkamasa, semakin tinggi nisbah bidang yang dicatatkan. Secara kuantitatif, rod nano ZnO telah berjaya disintesis di atas CNTC yang didapati daripada sumber WCPO, yang menyumbang kepada nilai tambah dalam aspek kitar semula bahan terbuang kepada sumber kekayaan. Pencirian bahan hibrid ini menunjukkan ciri-ciri yang mempunyai potensi yang besar untuk digunakan di dalam aplikasi pengesan, alat elektronik berskala kecil dan penuai tenaga.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Nano karbon kapas | - |
dc.subject | Nano zink oksida | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Penghasilan dan pencirian hibrid tiub nano karbon kapas daripada minyak masak kelapa sawit terpakai dengan struktur nano zink oksida | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 147 | - |
dc.identifier.barcode | 006884(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130741+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.41 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.