Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462821
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Rozaimi Jamaludin, Dr.
dc.contributor.authorRaynusha Chandran (P102821)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:11:06Z-
dc.date.available2023-09-25T09:11:06Z-
dc.date.issued2021-10-08
dc.identifier.otherukmvital:130634
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462821-
dc.descriptionKajian terhadap kegunaan foraminifera dan ostrakod sebagai proksi perubahan persekitaran di ekosistem penting seperti padang rumput laut di habitat estuari adalah kurang di Malaysia. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti komposisi spesies di kawasan rumput laut dan tanpa rumput laut selain menentukan penunjuk spesies sebagai proksi perubahan persekitaran di kawasan rumput laut estuari Sungai Pulai. Data dalam kajian ini adalah berasaskan data sedia ada yang merangkumi maklumat mengenai himpunan hidup dan mati, bilangan individu serta pembolehubah persekitaran yang direkod di setiap kawasan kajian. Hasil analisis merangkumi sedimen permukaan (0-10 cm) dan sedimen teras (0-40 cm) yang diambil dari beting Tanjung Adang, beting Merambong and Pulau Merambong. Kawasan perbandingan yang lain adalah Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Pulau Tioman, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi yang mewakili sistem rumput laut dan tanpa rumput laut. Ujian PERMANOVA menunjukkan perbezaan bererti (P <0.05) antara faktor stesen persampelan dan kedalaman sedimen di estuari Sungai Pulai manakala perbandingan dengan kawasan lain menunjukkan faktor kawasan kajian serta rumput laut dalam habitat mempunyai perbezaan yang bererti (P <0.01). Nilai kepelbagaian foraminifera adalah lebih tinggi (H' = 2.128-3.401) di kawasan rumput laut berbanding dengan ostrakod (H'= 0.551-2.743) di kawasan rumput laut Sungai Pulai. Nilai H' bagi gabungan taksa di kawasan rumput laut (Pulau Tinggi dan Sungai Pulai) pula adalah lebih tinggi daripada kawasan tanpa rumput laut di Sungai Pahang (H' = 2.663 � 0.4942), Sungai Kelantan (H' = 2.762 � 0.4408) dan Pulau Tioman (H' = 2.459 � 0.1322). Kehadiran Nummulitidae dan Paracyprididae di dalam sedimen teras serta Loxoconcha lilljeborgii yang hanya hadir dalam sistem rumput laut menyediakan maklumat terhadap spesies dan famili nadir pada tahap mikrohabitat di kawasan kajian. Jenis substrat dan kedalaman air adalah antara faktor pembolehubah utama yang mempengaruhi komposisi spesies di antara kawasan kajian. Hasil ujian IndVal dan SIMPER pula menunjukkan spesies Murrayinella globosa (IndVal = 1, P <0.01) dan Elphidium hispidulum (IndVal = 1, P <0.01) sebagai spesies penunjuk yang eksklusif kepada habitat rumput laut di estuari Sungai Pulai. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan keunikan sistem rumput laut yang berlainan antara habitat estuari dan habitat pulau. Maka penggunaan himpunan hidup dan mati foraminifera dan ostrakod bentik sebagai proksi perubahan persekitaran di kawasan rumput laut di estuari Sungai Pulai adalah sesuai dengan syarat mengambil kira faktor tafonomik dan biostratinomik di kawasan yang dikaji.,Sarjana Sains
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectSeagrasses -- Ecology
dc.subjectSeagrasses -- Research -- Methodology
dc.subjectSeagrasses -- Conservation
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleForaminifera dan ostrakod bentik sebagai proksi perubahan persekitaran di kawasan rumput laut estuari Sungai Pulai, Johor
dc.typetheses
dc.format.pages176
dc.identifier.callnoQK495.A14R349 2021 tesis
dc.identifier.barcode006843(2022)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File SizeFormat 
ukmvital_130634+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.02 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.