Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462813
Title: | Penghasilan dan pemisahan asid laktik D secara in situ daripada hidrolisat sabut kelapa melalui proses biorefinery |
Authors: | Nur Akmal Solehah Din (P97880) |
Supervisor: | Nurul Aqilah Mohd Zaini, Dr. |
Keywords: | Polylactic acid Chemistry Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 22-Sep-2021 |
Description: | Sebatian asid laktik D memainkan peranan penting dalam penghasilan poli asid laktik (PLA) yang termostabil. Namun, penghasilan asid laktik D melalui proses fermentasi selalunya melibatkan penggunaan substrat dari sumber makanan yang mahal dan terhad. Biojisim sabut kelapa tua (SKT) dan sabut kelapa muda (SKM) adalah antara sisa pertanian yang banyak terhasil di Malaysia tetapi, penggunaannya masih belum dieksploitasi secara menyeluruh. SKT dan SKM boleh dikategorikan sebagai bahan berlignoselulosa yang berpotensi tinggi untuk dijadikan substrat alternatif dalam penghasilan asid laktik D melalui proses fermentasi. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengeksploitasi biojisim SKT dan SKM sebagai substrat yang bernilai rendah dalam penghasilan asid laktik D melalui proses fermentasi secara kaedah in situ. Fasa pertama kajian melibatkan perlakuan pra-rawatan beralkali terhadap biojisim SKT dan SKM menggunakan natrium hidroksida (NaOH) (5% (b/i), 40 minit, 121℃, 1 atm) dan seterusnya, tindak balas sakarifikasi berenzim dijalankan menggunakan Accellerase� 1500 (10% (i/i), 24 jam, 50℃, 300 rpm) ke atas biojisim SKT dan SKM. Keputusan menunjukkan pra-rawatan beralkali mampu mencernakan struktur bahan lignoselulosa sabut kelapa yang kompleks di mana kandungan gula penurun yang signifikan (p<0.05) telah terhasil selepas sakarifikasi berenzim dalam hidrolisat SKT dan SKM terawat; mencapai 19.17 g/L dan 24.33 g/L, masing-masing. Pada fasa kedua, hidrolisat SKT dan SKM digunakan sebagai kaldu dalam proses fermentasi asid laktik D oleh Lactobacillus coryniformis subsp. torquens (37℃, 150 rpm). Tahap penghasilan asid laktik D dalam kaldu hidrolisat SKT dan SKM telah dioptimumkan menggunakan dua faktor penting proses fermentasi iaitu bekalan nutrien mikroorganisma (ekstrak yis) dan juga pengawalan pH kaldu oleh NaOH. Kesan kedua-dua faktor tersebut adalah signifikan (p<0.05) bagi penghasilan asid laktik D yang optimum dalam kaldu hidrolisat SKT (14.93 g/L) dan SKM (19.88 g/L). Walau bagaimanapun, penggunaan NaOH menyebabkan asid laktik D wujud sebagai sebatian garam laktat dan proses penulenan tambahan diperlukan. Justeru itu, dalam fasa ketiga kajian, pendekatan yang lebih berinovasi telah diaplikasikan dengan menambahkan resin Amberlite IRA-67 semasa proses fermentasi untuk memisahkan asid laktik D secara in situ daripada kaldu dan secara tidak langsung mengawal pH kaldu tersebut. Hasil kajian menunjukkan penghasilan asid laktik D menggunakan kaedah fermentasi secara in situ adalah lebih baik berbanding kawalan pH kaldu oleh NaOH. Pada akhir kajian ini, proses perolehan semula asid laktik D telah berjaya menghasilkan sebanyak 134.35 dan 180.46 mg asid laktik D daripada setiap gram biojisim SKT dan SKM secara signifikan (p<0.05), masing-masing. Sebatian asid laktik D yang diperoleh semula adalah berpotensi untuk digunakan sebagai monomer dalam penghasilan PLA yang berasaskan substrat bernilai rendah.,Sarjana Sains |
Pages: | 176 |
Call Number: | TP1180.B55N847 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_130441+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.