Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462812
Title: | Analisa proksimat, ciri antioksidan dan kajian ketoksikan ekstrak bendalir lampau genting (SFE) buah ziziphus mauritiana (bidara) |
Authors: | Muhiyuddin Md Nasir (P94285) |
Supervisor: | Arnida Hani Teh, Dr. |
Keywords: | Herbs -- Therapeutic use -- Malaysia Medicinal plants -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 27-Aug-2021 |
Description: | Ziziphus mauritiana atau buah bidara kurang digunakan di Malaysia dan maklumat mengenainya adalah terhad. Kajian ini menentukan kandungan proksimat, ciri antioksidan dan ketoksikan buah ini. Parameter sesuai untuk pengekstrakan bendalir lampau genting (SFE) buah Z. mauritiana juga ditentukan. Sampel diperoleh daripada Raub, Pahang dan dikering menggunakan ketuhar. Analisis proksimat menentukan kandungan lembapan, jumlah abu, karbohidrat, lemak, protein dan serat kasar. Sampel kemudiannya diekstrak melalui pengekstrakan SFE dengan 4 parameter; 1 (100 bar, 10% etanol), 2 (100 bar, 3% etanol), 3 (200 bar, 10% etanol) dan 4 (200 bar, 3% etanol), di samping pengekstrakan air. Ekstrak SFE Z. mauritiana dikira untuk peratus (%) hasil dan dianalisa untuk ciri antioksidan berdasarkan jumlah kandungan fenolik (TPC) dan aktiviti pemerangkapan radikal bebas, 2,2-difenil-1-pikrilhidrazil (DPPH). Kajian ketoksikan akut ekstrak SFE buah Z. mauritiana dilakukan pada 48 ekor tikus Sprague Dawley (24 jantan, 24 betina) yang dibahagikan kepada 4 kumpulan; 0 (kawalan), 1, 2.5 dan 5 g ekstrak / kg berat badan. Ekstrak diberikan sebagai dos tunggal melalui gavaj oral dan tikus dipantau selama 14 hari. Kajian sitotoksisiti ekstrak SFE dan air dilakukan dengan ujian MTT ke atas titisan sel normal V79-4. Kajian kegenotoksikan ekstrak SFE pula dilakukan dengan menggunakan kaedah asai mikronukleus (MNA) melalui pewarnaan akridin jingga (AO). Analisa proksimat menunjukkan peratus kandungan kelembapan (18.23±0.04%), jumlah abu (4.00±0.19%), lemak (0.01±0.00%), serat kasar (1.43±0.28%), protein (6.88±0.00%) dan karbohidrat (69.45%). Manakala keputusan SFE menunjukkan parameter 3 merupakan parameter yang sesuai, dengan keputusan 1.25% hasil ekstrak, TPC berjumlah 539.18 mg kesetaraan asid galik (GAE)/100 g ekstrak dan purata aktiviti pemerangkapan radikal bebas DPPH berjumlah 16.65%. Semua tikus hidup sepanjang tempoh kajian tanpa tanda-tanda manifestasi klinikal atau toksik. Berat badan, pengambilan makanan dan air, berat organ dan parameter biokimia tidak berbeza secara signifikan (p> 0.05) jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Ujian sitotoksisiti menunjukkan ekstrak SFE mempunyai kesan sitotoksisiti (IC50 0.48 mg/ml) terhadap titisan sel V79-4 dalam keadaan yang diuji sementara ekstrak air Z. mauritiana pula tidak. Kajian kegenotoksikan mendapati ekstrak SFE Z. mauritiana tidak mempunyai kesan kegenotoksikan terhadap tikus yang dikaji. Kesimpulannya, buah Z. mauritiana mengandungi nutrien bermanafaat untuk kesihatan. Selain itu, ekstrak SFE buah Z. mauritiana juga tidak mempunyai kesan toksik terhadap haiwan yang dikaji pada kepekatan sehingga 5 g ekstrak /kg berat. Walaupun ekstrak SFE Z. mauritiana menunjukkan kesan sitotoksik terhadap sel normal, namun ekstrak air Z. mauritiana tidak menunjukkan kesan negatif. Justeru, secara umumnya buah Z. mauritiana tempatan menunjukkan potensi sebagai sumber makanan yang baik dan selamat. Kajian lanjutan boleh dilakukan untuk mengkaji sebatian hasilan semula jadi yang ada pada ekstrak SFE buah Z. mauritiana serta kajian ketoksikan kesan jangka panjang. Kata kunci:,Sarjana Sains |
Pages: | 108 |
Call Number: | RM666.H33M835 2021 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130440+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.