Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462810
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Noraini Talip, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Siti Khaulah Abdul Razak (P75203) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:58Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:58Z | - |
dc.date.issued | 2021-04-05 | |
dc.identifier.other | ukmvital:130438 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462810 | - |
dc.description | Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas 29 takson daripada genus Ficus L. (Moraceae) di Semenangjung Malaysia. Ficus merupakan genus yang terbesar dalam Moraceae yang mana hingga kini sebanyak 101 spesies Ficus telah direkodkan di Malaysia. Ciri morfologi yang hampir sama antara spesies telah menyukarkan pengecaman dan pengelasan spesies Ficus. Ciri anatomi dan mikromorfologi tumbuhan mempunyai nilai taksonomi dan dapat membantu dalam pengecaman dan pengelasan tumbuhan. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti persamaan, variasi dan diagnostik ciri anatomi dan mikromofologi daun yang boleh digunakan untuk pengecaman dan pengelasan Ficus. Pengumpulan sampel daun segar dari kerja lapangan dan spesimen kering dari herbarium digunakan dalam kajian ini dimana kaedah anatomi daun terdiri daripada kaedah hirisan, teknik siatan epidermis dan penjernihan daun. Kajian mikromorfologi daun melibatkan kaedah cerapan pada permukaan epidermis daun di bawah mikroskop imbasan elektron. Hasil kajian menunjukkan ciri anatomi daun seperti ciri corak tisu vaskular petiol, corak tisu vaskular tulang daun, bentuk luaran petiol dan bentuk luaran tulang daun serta ciri mikromorfologi daun seperti bentuk stoma, hiasan pada permukaan trikom dan jenis lilin pada permukaan epidermis daun merupakan antara beberapa ciri anatomi dan mikromorfologi daun yang boleh digunakan untuk pembezaan dan pengecaman spesies. Ciri sepunya bagi semua takson yang dikaji ialah ciri peruratan tengah, kehadiran lilin, kehadiran trikom dan kehadiran jenis stoma hipostomatik. Kehadiran trikom kelenjar kapitat (terminal bisel) pada F. xylophylla, kehadiran stoma jenis siklositik pada F. kerkhovenii dan corak tisu vaskular petiol (Corak 10) pada F. calcicola adalah antara ciri anatomi dan mikromorfologi yang unik yang hanya ditemui pada sesetengah spesies kajian yang mana ia boleh digunakan sebagai ciri diagnostik. Kesimpulannya, hasil kajian ini menunjukkan ciri anatomi dan mikromorfologi daun mempunyai nilai taksonomi dan boleh digunakan untuk pengelasan spesies bagi genus Ficus.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Moraceae | |
dc.subject | Botany | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kesignifikan taksonomi ciri anatomi dan mikromorfologi daun Ficus L. (Moraceae) di Semenanjung Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 491 | |
dc.identifier.callno | QK495.M73S575 2021 tesis | |
dc.identifier.barcode | 006785(2022) | |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Size | Format | |
---|---|---|---|
ukmvital_130438+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.9 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.