Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462809
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Liew Ju Neng, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Mary Angelina Jud (P94167) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:57Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:57Z | - |
dc.date.issued | 2020 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:130380 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462809 | - |
dc.description | Ayunan Madden Julian (MJO) ialah sebuah perolakan mendalam yang bergerak ke timur dengan kitar hidup 40-50 hari. Ianya merupakan mod utama dalam variasi dalam musiman di kawasan tropika dan mempunyai interaksi yang kuat dengan cuaca serta komponen meteorologi. Kesan MJO dalam modulasi cuaca telah banyak dibincangkan. Walau bagaimanapun, kajian mengenai kesan MJO terhadap komposisi kimia atmosfera seperti ozon (O3) dan bahan zarahan 10µm (PM10) masih lagi kurang. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat modulasi MJO terhadap kepekatan O3 dan PM10 dengan melihat kepada perubahan meteorologi ada setiap fasa MJO di Semenanjung Malaysia (SM). Sejumlah 24 buah stesen kualiti udara daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia dipilih untuk menganalisis O3 dan 30 buah stesen untuk menganalisis PM10. Data bergrid daripada ERA-Interim digunakan untuk menilai parameter meteorologi; jumlah litupan awan, suhu permukaan 2-meter, kelajuan angin dan arah angin. Data kerpasan diperolehi daripada Tropical Rainfall Measuring Mission (TRMM). Data-data ini dibahagikan kepada enam kawasan dan komposit MJO menggunakan indeks Real-Time Multivariate MJO (RMM) dihasilkan. Hasil analisis mendapati terdapat isyarat antara musiman yang kuat dalam cerapan siri masa O3 dan PM10 pada selang masa 20-60 hari. Analisis lanjutan mengesahkan O3, PM10 dan meteorologi menunjukkan variasi yang ketara pada fasa-fasa MJO. Kepekatan O3 dan PM10 adalah tinggi semasa fasa 5, 6, 7 (kecuali O3) dan 8 (kecuali PM10) disebabkan oleh perolakan tertindas. Perolakan tertindas ini mengurangkan jumlah litupan awan, mengurangkan kerpasan, meningkatkan suhu setempat serta membawa jisim udara tercemar daripada Sumatera. Kepekatan O3 dan PM10 adalah rendah semasa fasa 2 dan 3 disebabkan oleh perolakan meningkat memasuki kawasan SM. Perolakan meningkat ini mengubah cuaca setempat kepada langit yang mendung, kerpasan yang tinggi dan angin permukaan diperhatikan bertiup daripada Laut Cina Selatan membawa udara yang bersih memasuki ruang udara SM.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Ayunan Madden Julian | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengaruh Ayunan Madden Julian dalam memodulasi kepekatan ozon dan PM10 di Semenanjung Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 87 | - |
dc.identifier.barcode | 006811(2022) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130380+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.