Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462808
Title: Pembangunan dan pengujian sistem pengering suria rumah hijau mudah alih untuk pengeringan herba
Authors: Nurul Aiman Mhd Safri (P97523)
Supervisor: Zahari Ibarahim, Prof. Madya Dr.
Keywords: Sistem pengering suria
Proses pengeringan
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 30-Aug-2021
Description: Proses pengeringan adalah satu kaedah untuk memelihara kualiti dan memanjangkan jangka hayat tanaman pasca penuaian. Pelbagai kaedah pengeringan telah digunakan termasuklah pengeringan suria rumah hijau. Ia menjadi satu alternatif bagi menjalankan aktiviti pengeringan yang mana kualiti dan jangka hayat hasil tanaman adalah lebih terjamin. Sebuah pengering suria rumah hijau aktif mudah alih yang terdiri daripada pengumpul suria dan kebuk pengeringan telah dibangunkan dan prestasinya diuji. Seterusnya ia diguna untuk melakukan proses pengeringan daun limau purut. Plat penyerap aluminium pada pengumpul suria telah diubah susunan bagi membentuk empat jenis konfigurasi pengumpul suria iaitu, (i) pengumpul suria plat-datar dengan penebat; (ii) pengumpul suria berlekuk-V dengan penebat; (iii) pengumpul suria dengan gabungan plat-datar dan lekuk-V dengan penebat dan; (iv) pengumpul suria dengan gabungan plat-datar dan lekuk-V tanpa penebat. Ujian prestasi dan kecekapan terma bagi kesemua pengumpul suria telah dilakukan bagi kadar aliran jisim yang berbeza iaitu 0.011, 0.021, 0.030 dan 0.041 kg/s, pada keamatan simulator suria iaitu 625, 708, 861 dan 989 W/m2 di dalam Makmal Tenaga Suria Fizik di Jabatan Fizik Gunaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa konfigurasi pengumpul suria gabungan plat datar dan lekuk-V tanpa penebat memberikan purata suhu keluar pengumpul dan suhu kebuk yang paling tinggi berbanding konfigurasi pengumpul yang lain. Ujian pengeringan daun limau purut menggunakan pengering suria rumah hijau dengan pengumpul gabungan plat-datar dan lekuk-V tanpa penebat telah dijalankan di lapangan pada kadar aliran jisim 0.030 kg/s dan purata keamatan 439 W/m2. Pengeringan daun limau purut di dalam pengering suria rumah hijau mencapai kecekapan pengeringan sebanyak 12.90%. Didapati bahawa proses pengeringan daun limau purut telah mengurangkan kandungan lembapan awal asas basah daripada 50% kepada 12% bagi pengeringan di dalam pengering suria rumah hijau dan 29% melalui jemuran terbuka. Model Page adalah model terbaik bagi menerangkan perihal pengeringan daun limau purut di dalam pengering suria rumah hijau dan jemuran terbuka. Analisis warna menunjukkan bahawa kualiti warna daun yang dikeringkan di dalam pengering suria rumah hijau menghampiri kualiti warna daun limau purut segar berbanding dengan daun yang dikeringkan melalui jemuran terbuka di bawah sinaran matahari.,Sarjana Sains
Pages: 118
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.13 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.