Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462806
Title: Pengaruh faktor abiotik terhadap kelimpahan dan komposisi kelip-kelip pteroptyx di Sungai Sepetang Perak, Sungai Rembau Negeri Sembilan dan Sungai Chukai Terengganu dan pengekstrakan sebatian mudah meruap (voc) pada sonneratia caseolaris
Authors: Lailatul Nadhirah Asri (P94799)
Supervisor: Azman Sulaiman, Dr.
Keywords: Fireflies
Beetles
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Mar-2022
Description: Kajian ekologi kelip-kelip daripada genus Pteroptyx telah dijalankan di Sungai Sepetang Perak, Sungai Rembau Negeri Sembilan dan Sungai Chukai Terengganu, bermula daripada November 2017-Oktober 2018. Kelip-kelip ini menjadikan spesies bakau di sepanjang sungai sebagai pokok peragaan bagi mencari pasangan mengawan pada waktu malam. Penerokaan kawasan bakau menjadi ancaman utama terhadap habitat kelip-kelip kerana perkembangan populasinya sangat bergantung kepada ekosistem bakau. Kemerosotan populasi kelip-kelip mempengaruhi sumber ekonomi penduduk setempat sebagai kawasan eko-pelancongan. Objektif kajian ini adalah untuk 1) merekodkan kepelbagaian dan kelimpahan spesies kelip-kelip sinkroni dalam ekosistem bakau di tiga lokasi, 2) menilai dan membandingkan kelimpahan kelip-kelip dengan pelbagai faktor abiotik dan 3) mengenalpasti pokok peragaan kelip-kelip Pteroptyx dan sebatian mudah meruap (VOC) pada Sonneratia caseolaris sebagai pokok peragaan utama. Sejumlah 4,754 individu kelip-kelip yang diwakili oleh empat spesies Pteroptyx iaitu Pteroptyx tener, Pteroptyx malaccae, Pteroptyx valida dan Pteroptyx asymmetria. Nisbah jantina kelip-kelip didominasi secara signifikan oleh individu jantan (69.81%) berbanding betina (30.19%) dengan ujian U Mann-Whitney pada p< 0.01. Pteroptyx tener mendominasi ekosistem bakau di semua lokasi dengan peratus kelimpahan sebanyak 99.47%, diikuti Pteroptyx malaccae (0.38%), Pteroptyx valida (0.11%) dan Pteroptyx asymmetria (0.04%). Setiap kawasan merekodkan kehadiran spesies yang berbeza bersama spesies yang dominan ini. Populasi kelip–kelip yang terbesar dalam kajian ini adalah di Sungai Sepetang berbanding dua kawasan kajian yang lain iaitu sebanyak 46% diikuti oleh Sungai Chukai (30%) dan Sungai Rembau (24%). Kelimpahan populasi secara temporal adalah paling tinggi pada pertengahan dan penghujung tahun iaitu sekitar November-Disember dan Jun-Ogos. Kelimpahan tertinggi direkodkan pada Jun 2018 di Sungai Sepetang manakala Sungai Rembau dan Sungai Chukai pula pada November-Disember 2017. Kelimpahan kedua tertinggi adalah pada Disember 2017 (Sungai Sepetang) dan Julai 2018 (Sungai Rembau dan Sungai Chukai). Faktor suhu dan kelembapan mempengaruhi kelimpahan kelip-kelip secara signifikan dari hilir ke hulu Sungai Rembau manakala faktor kelajuan angin secara temporal mempengaruhi kelimpahan kelip-kelip di Sungai Rembau dan Sungai Chukai. Kemasinan air sungai tidak mempengaruhi kelimpahan kelip-kelip dewasa secara lokasi dan masa. Faktor jumlah taburan hujan dan purata suhu bulanan tidak menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap corak kelimpahan spesies kelip-kelip. Populasi kelip-kelip sepanjang tahun tertabur secara rawak berdasarkan nilai ujian Rayleigh p< 0.01. Enam spesies pokok bakau telah dikenalpasti menjadi pokok peragaan bagi populasi kelip-kelip. Sonneratia caseolaris merupakan pokok peragaan utama pada setiap lokasi iaitu 95% di Sungai Sepetang dan Sungai Rembau, dan 50% di Sungai Chukai. Caesalpinia crista, Rhizophora apiculata dan Nypa fruticans hadir sebanyak 5% masing-masing di Sungai Rembau, Sungai Sepetang dan Sungai Chukai. Hibiscus tiliaceus dan Barringtonia racemosa menjadi pokok peragaan kelip-kelip di Sungai Chukai, masing-masing mewakili 25% dan 20%. Sejumlah 53 sebatian mudah meruap berjaya dikenalpasti melalui analisis GC-MS dengan tujuh sebatian mudah meruap yang berperanan dalam interaksi serangga dan tumbuhan. Tujuh sebatian tersebut adalah kariofilena, α-koapene, kopaene, benzena 4-etil-1, 2 dimetil, nonana 2, 5–dimetil, tridekana dan heneikosana.,Sarjana Sains
Pages: 96
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130240+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.85 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.