Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462805
Title: | Potensi air bawah tanah menggunakan teknik permodelan gis dan penderiaan jauh di Daerah Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan |
Authors: | Norhayati Mohd Rawi (P76872) |
Supervisor: | Norbert Simon, Dr. |
Keywords: | Air bawah tanah Pengurusan sumber air Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 15-Feb-2022 |
Description: | Air adalah merupakan keperluan asas setiap benda hidup. Tanpa bekalan air yang mencukupi menyebabkan mustahil bagi manusia untuk melangsungkan kehidupan. Justeru itu, antara sumber alternatif lain adalah dengan menggunakan air bawah tanah. Bagi kajian ini, Daerah Rembau dan Tampin telah dipilih kerana kawasan ini pernah mengalami krisis air pada tahun 2015 semasa air di Empangan Gemencheh turun ke paras kritikal akibat daripada fenomena El Nino. Justeru itu, bagi menangani masalah ini, satu kajian potensi air bawah tanah telah dilakukan dengan menggunakan kaedah GIS dan penderiaan jauh. Kaedah GIS adalah dengan menggunakan Model DRASTIC dan diintegrasikan dengan Peta Ketumpatan Saliran, Peta Intensiti Hujan dan Peta Ketumpatan Lineamen. Antara parameter-parameter DRASTIC yang digunakan di dalam model ini adalah Peta Paras Hidraulik Air, Peta Imbuhan Air, Peta Media Akuifer, Peta Jenis Tanah, Peta Topografi, Peta Impak Zon Vados, dan Peta Konduktiviti Air. Kesemua parameter ini telah diintegrasikan terlebih dahulu sebelum diintegrasikan dengan Peta Ketumpatan Saliran, Peta Intensiti Hujan dan Peta Ketumpatan Lineamen. Bagi mengesahkan keputusan ini, maklumat specific capacity yang diperolehi daripada 5 buah telaga disekitar kawasan Rembau dan Tampin telah digunakan. Hasilnya telah menunjukkan bahawa kawasan yang mempunyai maklumat specific capacity yang tinggi terletak berhampiran dengan kawasan yang dianggarkan mempunyai potensi air iaitu dibahagian selatan Daerah Tampin. Selain daripada itu, kajian keatas kualiti air bawah tanah turut telah dilakukan. Analisis ke atas 27 telaga tiub telah dibuat dengan menggunakan kaedah Piper dan Gibbs. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa air bawah tanah di kawasan Rembau dan Tampin adalah didominasi oleh Ca2+HO3-, diikuti oleh Na+ HO3-, dan Ca2+Na+ HO3-. Pada fasies kation kebanyakan air bawah tanah jatuh di dalam jenis kalsium manakala pada fasies anion pula air bawah tanah adalah jenis bikarbonat. Interaksi di antara batuan dan pemendakan air bawah tanah hasil daripada evolusi hidrokimia telah dibuktikan di dalam Analisis Gibbs. Ujian Pencemaran Logam berat pula menunjukkan Daerah Tampin telah mengalami pencemaran mungkin diakibatkan oleh pembangunan dan penggunaan baja tumbuhan yang berlebihan berbanding Daerah Rembau.,Sarjana Sains |
Pages: | 142 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130206+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 5.67 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.