Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462800
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Fredolin Tangang @ Tajudin Mahmud, Prof. | - |
dc.contributor.author | Afiqah Bahirah Ayoub (P94286) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:50Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:50Z | - |
dc.date.issued | 2021-07-26 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:123597 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462800 | - |
dc.description | Madden-Julian Oscillation (MJO) merupakan fenomena iklim berskala besar dalam musiman dengan kekerapan 20 - 60 hari. MJO kebiasaannya muncul di Lautan Hindi merambat merentasi Benua Maritim ke Lautan Pasifik (MJO-rentas, MJO-r). Bagaimanapun, rambatan MJO juga boleh tersekat di kawasan Benua Maritim (MJO tersekat, MJO-s). Objektif kajian ini adalah mencirikan secara terperinci pengaruh MJO ke atas anomali iklim di Malaysia berdasarkan analisis ke atas perubahan curahan hujan, angin dan suhu permukaan. Dua jenis data yang digunakan di dalam kajian ini iaitu data cerapan harian mengikut stesen dan data bergrid bertempoh 15 tahun dari 1998 hingga 2012. Data radiasi gelombang panjang (Outgoing longwave radiation, OLR), kandungan cecair air awan (cloud liquid water content, CLWC) dan data angin pelbagai aras (0° - 10°U, 90°T - 150° T) juga digunakan. Kejadian MJO dijejaki berdasarkan indeks Real-time Multivariate (RMM) dan OLR MJO Indeks (OMI) bagi 8 fasa dan MJO-lemah. Kedua-dua indeks ini memberikan pemerhatian yang berbeza-beza mengikut musim. Pengaruh MJO dianalisis berdasarkan analisis komposit secara musiman berdasarkan perubahan yang signifikan pada aras 95%. Impak fasa MJO adalah berbeza mengikut musiman tetapi mempunyai corak perubahan yang hampir sama. Walaupun kehadiran MJO rendah pada Jun-Julai-Ogos tetapi impaknya tinggi berbanding musim-musim lain. Secara amnya, kawasan Malaysia mengalami perubahan cuaca basah (kering) dengan angin bertiup dari timur (barat) pada fasa 1 sehingga 4 (fasa 5 sehingga 8) kecuali utara Malaysia Timur. Kadar perolakan mula bertukar dari negatif ke positif pada fasa 1 sehingga 4 dan sebaliknya pada fasa 5 sehingga 7. Perubahan peredaran permukaan angin berlaku sama ada pada fasa 3 atau 4 dan fasa 7, 8 atau 1. Hasil kajian mendapati perubahan taburan anomali suhu lebih signifikan berbanding taburan hujan dengan corak perubahan anomali yang hampir sama. Kawasan di pantai barat, selatan semenanjung Malaysia serta Malaysia Timur lebih terjejas berbanding di pantai timur dan utara semenanjung Malaysia. Manakala, kesan anomali taburan hujan pada kes MJO-r lebih terkesan di kawasan daratan Malaysia berbanding kes MJO-s. Intensiti perubahan anomali suhu pada kes MJO-s lebih tinggi berbanding MJO-r. Impak MJO-s terhadap hujan dan suhu adalah berbeza diantara kedua-dua indeks. Kesimpulannya, impak MJO terhadap keragaman iklim lebih terjejas berdasarkan perubahan musim berbanding kejadian MJO-r dan MJO-s.,Sarjana Sains | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Madden-Julian Oscillation (MJO) | - |
dc.subject | Taburan hujan -- Malaysia | - |
dc.subject | Iklim | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pengaruh ayunan Madden-Julian terhadap anomali iklim musiman di Malaysia | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 129 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123597+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 5.28 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.