Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462799
Title: Keupayaan model iklim beresolusi tinggi mensimulasikan hujan di Semenanjung Malaysia
Authors: Abdul Azim Amirudin (P94165)
Supervisor: Ester Salimun, Dr.
Keywords: Taburan hujan -- Malaysia
Ilkim
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 23-Jul-2021
Description: Tesis ini mengkaji keupayaan model rantauan Weather Research and ForecastingModel (WRF) beresolusi tinggi dalam mensimulasikan taburan hujan di SemenanjungMalaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kemampuan WRF mensimulasi iklim dan peristiwa ekstrim pada resolusi tinggi. Menentusahkan pemparameterankumulus (CPS) yang terbaik pada resolusi yang tinggi dan keupyaanWRFmensimulasikan kitaran diurnal pada resolusi tinggi. Simulasi - simulasi yangdijalankan telah menggunakan syarat sempadan yang disediakan oleh EuropeanCentre for medium-range weather forecasting (ECMWF) analisis dari ERA-interim. Data cerapan yang digunakan adalah data grid TRMM dan 20 data stesen kaji cuacadaripada MMD. Kawasan kajian adalah Semenanjung Malaysia dan dibahagikankepada empat kawasan mengikut topografi. Terdapat tiga resolusi yang dikaji iaitu25km, 5 km dan 1.6 km. Skala masa yang digunakan untuk 25 kmdan 5 kmadalah5tahun (2014 - 2018), manakala kajian diurnal hanya 1 tahun (2014 - 2015). CPSyangdikaji merangkumi Grell Devnyl (GR), Kain - Fritsch (KF), Betts Miller Janjic(BM)dan skema tanpa parameter (NC). Extreme indices yang dikaji di dalamkajianini adalah Hari Kering Beruturutan (CDD), Hari Basah Berturutan (CWD), JumlahHujanberturutan selama 5 hari (RX5day) dan Simple Precipitation Intensity Index (SDII). Hasil perbandingan resolusi menunjukkan resolusi 5 km mempunyai prestasi yanglebih baik daripada resolusi 25 km terutama sekali di kawasan beraltitud tinggi. KajianCPS bagi resolusi 5 km pula menunjukkan skema BM mempunyai prestasi yangterbaik di semua musim DJF, JJA, MAM dan SON. Selain daripada itu, perbandinganindeks ekstrim mempunyai tiga skema terbaik iaitu skema NCdan GRyangmempunyai kelebihan dalam mensimulasikan indeks CWD, skema KF mempunyai kelebihan dalam mensimulasikan indeks CDD manakala skema BMmempunyai prestasi yang amat baik dalam pensimulasian indeks RX5day dan SDII menjadikanskema BM sebagai skema yang terbaik mensimulasikan indeks ekstrim. Kajiandiurnal yang dijalankan juga menunjukkan model beresolusi 1.6 kmmempunyai kebolehan yang tinggi dalam mensimulasikan corak hujan diurnal namuntidakmampu mensimulasikan intensiti yang serupa.,Sarjana
Pages: 98
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123596+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF
  Restricted Access
2.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.