Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462794
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSuria Binti Ramli, Dr.-
dc.contributor.authorNorhidayu Zainuddin (P74206)-
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:46Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:46Z-
dc.date.issued2017-06-05-
dc.identifier.otherukmvital:121740-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462794-
dc.descriptionPenyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan sistem mikroemulsi berasaskan hablur nanoselulosa terubahsuai (CTAB-NCC) sebagai sistem penghantar bahan aktif melalui kulit. Kurkumin digunakan sebagai model bahan aktif untuk tujuan ini. Dalam kajian ini, CTAB-NCC dihasilkan melalui pengubahsuaian hablur nanoselulosa (NCC) dengan surfaktan kationik setil trimetilammonia bromida (CTAB). Analisis spektroskopi inframerah (ATR-FTIR) dan analisis unsur CHNS digunakan untuk membuktikan pembentukan dan darjah penggantian CTAB-NCC. Dimensi nanopartikel ditentukan dengan menggunakan mikroskopi transmisi elektron (TEM) menunjukkan perubahan daripada NCC (diameter: 8.03±2.65 nm dan panjang: 107.68±40.74 nm) kepada CTAB-NCC (diameter: 26.07±6.80 nm dan panjang: 250.88±67.46 nm). Analisis termogravimetrik (TGA) menunjukkan peningkatan bagi kestabilan termal NCC selepas pengubahsuaian dengan CTAB. Analisis pembelauan sinar-x (XRD) menunjukkan pengurangan indeks kehabluran NCC selepas pengubahsuaian daripada 71.9 kepada 70.9%. Penghasilan CTAB-NCC adalah untuk mewujudkan permukaan hidrofobik bagi pengikatan kurkumin yang juga bersifat hidrofobik. Kadar pengikatan kurkumin yang maksimum (80-96%) diperolehi daripada CTAB-NCC bagi pengubahsuaian pada kepekatan 4 mM CTAB. Kajian seterusnya dibuat untuk membangunkan sistem mikroemulsi yang terdiri daripada asid oleik dan limonena sebagai fasa minyak, cremophor rh 40 sebagai surfaktan (S) dan transcutol sebagai kosurfaktan (KoS). Gambar rajah fasa pseudo-ternari dibina bagi menentukan rantau pembentukan mikroemulsi dengan menggunakan kaedah pentitratan air. Hasil kajian menunjukkan bahawa nisbah S/KoS (Km) optimum bagi pembentukan mikroemulsi adalah Km=2:1, asid oleik:limonena (1:1) dan minyak:S/KoS (1:9). Penambahan berat bagi CTAB-NCC dan kurkumin di dalam sistem mikroemulsi telah pelbagaikan pada 0.1, 0.5 dan 1.0% w/v. Ujian saringan menunjukkan bahawa berat optimum bagi CTAB-NCC dan kurkumin untuk mendapatkan sistem mikroemulsi yang stabil adalah masing-masing pada 0.1 dan 0.5% w/v. Pencirian sistem ini adalah merangkumi pengukuran saiz partikel, ujian kekonduksian elektrik, kelikatan dan ujian kestabilan. Kesemua sistem menunjukkan kestabilan yang tinggi pada suhu 4, 25 dan 37 °C bagi tempoh melebihi 6 bulan. Ujian kekonduksian elektrik dan kelikatan bagi sistem menggambarkan perubahan fasa sistem mikroemulsi daripada sistem air-dalam-minyak (a/m) (20% w/w air) kepada sistem minyak-dalam-air (m/a) (60% w/w air) melalui sistem dwiselanjar (40% w/w air). Seterusnya, penghantaran kurkumin oleh mikroemulsi berasaskan CTAB-NCC diuji dengan menggunakan kaedah sel difusi Franz dan perlucutan pita pelekat (tape stripping). Penghantaran topikal kurkumin dipengaruhi oleh komponen dan jenis mikroemulsi. Mikroemulsi berasaskan CTAB-NCC memberikan kadar penumpukan kurkumin di dalam kulit yang lebih tinggi berbanding sistem tanpa CTAB-NCC. Dalam pada itu, mikroemulsi berasaskan CTAB-NCC jenis m/a (60% w/w air) menunjukkan kandungan penumpukan kurkumin yang tertinggi berbanding mikroemulsi a/m (20% w/w air) dan dwiselanjar (40% w/w air). Kesimpulannya, penyelidikan ini membuktikan keupayaan sistem mikroemulsi berasaskan CTAB- NCC, terutamanya mikroemulsi m/a sebagai sistem penghantar topikal kurkumin,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi-
dc.rightsUKM-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.subjectCellulose nanocrystals-
dc.subjectCurcumin-
dc.subjectEmulsions-
dc.titleMikroemulsi berasaskan hablur nanoselulosa terubahsuai sebagai sistem penghantar topikal kurkumin-
dc.typetheses-
dc.format.pages105-
dc.identifier.callnoQD323|b.N637 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003195 (2017)-
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121740+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.02 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.