Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462792
Title: Sintesis templat imina dengan menggunakan teknik konvensional dan gelombang mikro
Authors: Fatin Ilyani Nasir (P75319)
Supervisor: Nurul Izzaty Hassan, Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Imines
Microwaves
Issue Date: 3-May-2017
Description: Sebatian imina terbentuk melalui tindak balas kondensasi antara sebatian amina primer dan karbonil yang kemudiannya membentuk ikatan ganda dua antara atom karbon dan nitrogen yang turut dikenali sebagai sebatian bes Schiff. Sebatian imina sangat berguna dalam industri farmaseutikal, contohnya sebatian imina teridizon yang digunakan untuk merawat penyakit tibi. Melalui penyelidikan ini, terbitan imina dihasilkan dengan menggunakan pendekatan kimia kombinatorial dinamik (DCC). Reka bentuk perpustakaan kombinatorial dinamik ini dibangunkan oleh empat pelopor yang terdiri dari dua sebatian amina primer dan dua sebatian aldehid. Dua pelopor telah disintesis iaitu sebatian N-(4,6-Dimetilpiridin-2-il)-4-formilbenzamida 1 yang terhasil melalui tindak balas pengasilan antara 4-Formilbenzoil klorida 39 dengan 2-Amino-4,6-dimetilpiridina 43. Di samping itu, sebatian 4-Amino-N-(4,6-dimetilpiridin-2-il)benzamida 2 juga disintesis melalui tindak balas penurunan sebatian N-(4,6-Dimetilpiridin-2-il)-4-nitrobenzamida 40 menggunakan natrium borohidrida, NaBH4 dengan kehadiran mangkin nikel (II) asetat tetrahidrat, Ni(OAc)2.4H2O. Melalui penyelidikan ini, keempat-empat templat imina turut disintesis dengan menggunakan kaedah penyinaran gelombang mikro yang menunjukkan peratus perolehan yang hampir sama dengan kaedah konvensional iaitu sekitar 50 sehingga 94 %. Semua templat imina dalam penyelidikan ini telah berjaya dihasilkan walaupun peratusan perolehan yang diperolehi adalah sederhana dan campuran tindak balas masih terdapat bahan pemula. Hal ini berlaku kerana tindak balas tersebut merupakan tindak balas berbalik dan mudah terhidrolisis. Pencirian untuk menentukan struktur sebatian yang terhasil telah dijalankan dengan menggunakan kaedah spektroskopi inframerah, resonans magnet nukleus (RMN) 1H dan 13C serta spektrometri jisim. Pemodelan struktur elektronik molekul juga telah dijalankan dengan menggunakan perisian Gaussian untuk memerhatikan interaksi antara dua templat imina yang mempunyai tapak pengecaman asid karboksilik dan amidopiridina melalui ikatan hidrogen. Berdasarkan pengiraan struktur elektronik ini, dapat diperhatikan bahawa interaksi antara dua templat imina tersebut ialah sekitar 8.8 - 14.6 Ǻ . Hal ini menunjukkan bahawa kedua-dua templat imina tersebut gagal berinteraksi melalui ikatan hidrogen. Sifat replikator imina dalam reka bentuk DCC melalui tapak jalan pengauto dan penyilangmangkinan tidak dapat ditunjuk dalam penyelidikan ini. Hal ini disebabkan oleh keterlarutan bahan pemula dan templat imina adalah terhad dalam pelarut CDCl3,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 129
Call Number: QD471.F338 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121739+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.64 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.