Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462789
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFredolin Tanggang @ Tajudin Mahmud, Prof. Dr.
dc.contributor.authorWan Hasliza Wan Jusoh (P66116)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:43Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:43Z-
dc.date.issued2017-04-25
dc.identifier.otherukmvital:121735
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462789-
dc.descriptionTanjung Piai merupakan penghujung paling selatan tanah besar Asia dan terletak di pertemuan perairan Selat Melaka, Selat Singapura dan Laut Jawa. Kawasan pantai Tanjung Piai terdedah kepada masalah hakisan dan memerlukan pemahaman yang lebih mendalam mengenai perilaku hidrodinamik dan pengangkutan sedimennya. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan model yang mewakili corak hidrodinamik dan pengangkutan sedimen lazim di tapak kajian menggunakan pendekatan pemodelan berangka MIKE 21 yang teridiri daripada Modul Hidrodinamik (HD), Modul Ombak Spektrum (SW) dan Modul Pengangkutan Sedimen Lumpur (MT). Secara umumnya, hasil pemodelan menunjukkan kelajuan arus yang tinggi di penghujung Tanjung Piai yang boleh dikaitkan dengan hakisan yang teruk. Proses-proses hidrodinamik menunjukkan perubahan fasa pasang surut jenis campuran dengan aliran air dominan dari Selat Melaka, Selat Singapura dan Laut Jawa yang sangat memainkan peranan dalam perlakuan arus di kawasan ini. Hasil simulasi juga menunjukkan pengaruh signifikan pasang surut perbani berikutan kelajuan arus yang tinggi di kawasan kajian terutamanya semasa kitaran fasa air rendah. Analisis sensitiviti bagi pemodelan hidrodinamik menunjukkan bahawa arus lebih didominasi oleh perubahan pasang surut berbanding tindakan angin dan ombak. Analisis pengangkutan sedimen memberi tumpuan kepada beberapa parameter seperti pengangkutan sedimen terampai, hakisan dan pemendapan serta perubahan ketebalan dasar. Kerumitan sistem pengangkutan sedimen di kawasan kajian telah disimulasikan dengan menggabungkan faktor-faktor seperti ombak, air pasang, dan angin. Hasil simulasi menunjukkan kesan arus pasang surut yang lebih ketara berbanding dengan angin dan ombak dalam mempengaruhi proses pengangkutan sedimen di kawasan kajian. Kadar hakisan diramalkan tinggi di kawasan yang mempunyai kelajuan arus yang kuat iaitu di sekitar penghujung dan bahagian barat Tanjung Piai. Simulasi MT juga mendapati bahawa hakisan yang berlaku adalah dipengaruhi oleh arus yang lebih tinggi semasa pasang surut perbani di mana sedimen yang diangkut dari kawasan hakisan teruk di bawa ke kawasan lain dan termendap semula semasa pasang surut anak,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectCoastal engineering
dc.subjectEnvironmental hydraulics
dc.titleKajian hidrodinamik dan pengaruh pengangkutan sedimen di Tanjung Piai , Johor, Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages103
dc.identifier.callnoTC209.W343 2017 tesis
dc.identifier.barcode003190 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121735+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.