Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462788
Title: Penyediaan dan pencirian membran fiber berasaskan getah asli terepoksida menggunakan kaedah elektropemintalan bagi aplikasi rawatan air sisa kilang kelapa sawit (POME)
Authors: Siti Norfatihah Fauzee (P64403)
Supervisor: Ibrahim Abdullah, Prof. Dr.
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Factory and trade waste
Refuse and refuse disposal
Oil palm -- Waste disposal
Issue Date: 12-May-2017
Description: Pengeluaran minyak sawit dunia telah meningkat secara besar-besaran dan dipelopori oleh pasaran Indonesia dan Malaysia. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran yang besar kemudiannya menghasilkan efluen kilang minyak sawit (POME) yang banyak. Pelupusan efluen yang sangat tercemar ini menjadi satu masalah yang besar jika ia tidak dirawat dengan baik. Penghasilan membran fiber berasaskan getah asli terepoksida melalui kaedah elektropemintalan akan difokuskan dalam kajian ini. ENR/PVC dengan penambahan α-selulosa dipilih untuk digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan membran yang kuat dengan keliangan yang baik serta hidrofilik. Seterusnya, potensi membran tersebut dalam rawatan POME dikaji. Amaun ENR ditetapkan pada 5 (wt/v) %, dan diadun dengan PVC yang divariasikan pada 0, 2, 4, 5, 6, 8, 10 dan 15 (wt/v) % untuk mendapatkan komposisi matriks sebelum pengisi α-selulosa ditambah pada 4, 8, dan 10 (wt/v) %. α-selulosa terlebih dahulu dilarutkan di dalam 1-butil-3-metilimidazolium asetat (Bmim[Ac]). Parameter elektropemintalan yang dikaji adalah kuasa voltan, kepekatan dan kadar aliran larutan. Sifat membran dinilai melalui analisis spektroskopi infra merah (FTIR), pembelauan sinar-x (XRD), spektroskopi imbasan elektron (SEM), terma, sudut sentuhan air, ujian ketelapan air dan rawatan POME. Analisis spektroskopi FTIR menunjukkan fiber terdiri daripada polimer ENR/PVC dan selulosa dengan kehadiran kumpulan berfungsi -OH, C-H, C=C, serta C-Cl di dalam membran fiber. Analisis XRD menunjukkan membran fiber ENR/PVC/α-selulosa bersifat amorfus. Analisis SEM menunjukkan membran yang dihasilkan dengan komposisi 5 wt/v % ENR dan 10 (wt/v) % PVC dan α-selulosa 8 (wt/v) % menghasilkan fiber berbentuk silinder yang seragam dengan julat diameter antara 1.0 - 4.0 μm. Analisis terma menunjukkan kehadiran puncak penguraian ENR, PVC dan selulosa. Analisis sudut sentuhan air mendapati membran lebih hidrofilik dengan peningkatan amaun selulosa iaitu daripada 46.5° kepada 0° dan menyebabkan peningkatan fluks air yang melepasi membran iaitu pada kadar 39.36 Lm-2·j-1 pada tekanan 5 bar. Aplikasi rawatan POME menggunakan membran yang dihasilkan berjaya menyingkirkan pepejal terampai dan megurangan permintaan oksigen kimia (COD) dengan peratus keberkesanan sehingga 89 %. Oleh itu, membran fiber ENR/PVC/α-selulosa dapat membantu mengurangkan masalah pencemaran POME,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 125
Call Number: TD930.3.S594 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121734+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.