Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462787
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Abas Kutty, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Munirah Haji Abdul Hamid (UKM ) (P70690)
dc.date.accessioned2023-09-25T09:10:42Z-
dc.date.available2023-09-25T09:10:42Z-
dc.date.issued2017-01-07
dc.identifier.otherukmvital:121732
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462787-
dc.descriptionKepekatan TSS yang berlebihan di dalam sistem sungai memberi impak yang negatif terhadap komuniti akuatik. Pelbagai kajian membuktikan TSS memberi impak yang kuat terhadap kemandirian ikan namun sehingga kini tiada sebarang informasi yang terperinci mengenai kesan kronik dan akut TSS ke atas ikan tempatan yang telah dilaporkan. Kajian ini secara objektifnya dijalankan bagi menentukan kepekatan TSS yang mempengaruhi aktiviti perlakuan (pergerakan dan pernafasan) juvenil ikan kelah (Tor tambroides) sepanjang 24 jam pendedahan kepada siri kepekatan TSS. Terdapat 13 siri kepekatan TSS yang telah diuji (50 mg/L, 100mg/L, 150 mg/L, 200 mg/L, 250 mg/L, 300 mg/L, 400 mg/L, 500 mg/L, 600 mg/L, 700 mg/L, 800 mg/L, 900 mg/L dan 1000 mg/L) ke atas 7 ekor individu. Ujian telah dilakukan menggunakan alat biomonitor pelbagai spesies air tawar (MFB). Juvenil ikan diletakkan di dalam satu kebuk khas dan perlakuan bagi setiap 10 minit selang masa direkodkan. Data daripada mod amplitud ditukarkan kepada mod fast furious transform (FFT) manakala signal pergerakan dan pernafasan dibezakan menggunakan panjang gelombang yang berlainan. Hasil cerapan ujian kawalan aktiviti pergerakan dan pernafasan menunjukkan peningkatan yang mendatar dan ujian ANOVA satu hala menyatakan tiada perbezaan yang signifikan bagi kedua-dua kelakuan (p>0.05). Ini menunjukkan keadaan optimum untuk ujian lanjutan tekanan TSS telah dicapai dan boleh diteruskan dengan ujian tekanan TSS. Bagi kedua-dua tindak balas pergerakan dan pernafasan, kepekatan TSS 50 mg/L hingga 600 mg/L menunjukkan tiada kesan tekanan yang signifikan terhadap ikan. Data telah dibandingkan dengan ujian kawalan menggunakan ujian ANOVA satu hala dan hasil menunjukkan tiada impak tekanan yang signifikan terhadap ikan (p>0.05). Ikan yang diuji pada kepekatan TSS 50 mg/L hingga 600 mg/L mencatatkan bacaan 30% bagi aktiviti pernafasan dan 50% bagi aktiviti pergerakan sepanjang 24-jam pendedahan. Ini menunjukkan sehingga kepekatan TSS mencapai 600 mg/L, ikan masih lagi boleh bermandiri dan bertoleransi. Apabila kepekatan TSS bertambah dari 700 mg/L hingga 1000 mg/L, peratusan pernafasan meningkat sehingga 75% dan peratusan pergerakan menurun sehingga 25%. Tor tambroides mula mengeluarkan isyarat tekanan dan meningkatkan aktiviti pernafasan sebagai inisiatif untuk mengeluarkan kelodak TSS daripada sistem pernafasan. Tingkah laku pergerakan dan pernafasan ikan menunjukkan tekanan dan cubaan menghindari atau mengeluarkan TSS. Ikan memperlihatkan satu mekanisma kemandirian semasa ujian dijalankan iaitu perlakuan batuk (coughing). Apabila ikan mula mengepam keluar TSS daripada sistem pernafasan, tenaga banyak digunakan sehingga menyebabkan ikan mengurangkan aktiviti pergerakan major seperti pergerakan ekor dan badan. Hanya pergerakan sirip dada dan ekor sahaja bergerak perlahan untuk mengimbangi badan. Ini menunjukkan ketika batuk, peratusan pergerakan berkurangan untuk menyimpan tenaga bagi aktiviti penyingkiran TSS. Ujian analisis regresi polinomial order ke-3 menunjukkan corak yang jelas bagaimana mekanisma ini terjadi sepanjang 24 jam pendedahan. Hasil kajian ini merumuskan kepekatan TSS 700 mg/L adalah LOAEL bagi ikan kelah (T. tambroides).,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectFishes -- Effect of sediments on
dc.subjectFishes -- Effect of water pollution on
dc.subjectSuspended sediments -- Physiological effect
dc.titleKesan jumlah pepejal terampai (TSS) terhadap pergerakan dan penafasan juvenil ikan kelah (Tor tambroides)
dc.typetheses
dc.format.pages111
dc.identifier.callnoSH177.S43S594 2017 tesis
dc.identifier.barcode003188 (2017)
Appears in Collections:Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_121732+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.87 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.