Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462785
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Wan Yaacob Bin Wan Ahmad, Prof Madya | - |
dc.contributor.author | Nur Syafiqa Abdullah (P76829) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-25T09:10:41Z | - |
dc.date.available | 2023-09-25T09:10:41Z | - |
dc.date.issued | 2017-02-24 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:121727 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/462785 | - |
dc.description | Kajian kimia dan aktiviti biologi dilakukan terhadap akar-batang Dillenia indica, tuber muda Hydnophytum formicarum dan daun Dehaasia caesia. Semua serbuk keringnya direndam dalam metanol dan baki serbuk Hydnophytum formicarum diteruskan dengan Soxhlet dalam metanol. Selepas penurasan, semua larutan metanol kecuali bagi yang Soxhlet, disejat-putar bagi memberikan larutan pekat. Larutan ini diekstrak berturutan dan disejat-putar hingga kering bagi menghasilkan ekstrak n-heksana kloroform dan metanol. Pemisahan terhadap setiap ekstrak dilakukan dengan kromatografi cecair vakum, turus dan radial. Struktur sebatian tulen ditentu menggunakan spektrometri jisim, RMN 1-D dan 2-D (HSQC, HMBC, COSY), UU-BN dan IM. Lapan sebatian berbeza telah berjaya ditulenkan. Bagi akar-batang Dillenia indica, stigmasterol dan β-sitosterol dipencilkan daripada pengekstrakan rendaman suhu bilik, dua sebatian baru dillenialdehid dan dillenikarbamat hasil daripada pengektrakan asid-bes; bagi tuber muda Hydnophytum formicarum, pengekstrakan rendaman suhu bilik memberikan β-sitosterol dan satu sebatian baru iaitu 2-(2′-metoksifenil)etil palmitat; manakala pengekstrakan Soxhlet menghasilkan asid sinapinik, β-sitosterol asetat, stigmasterol dan satu sebatian baru hidnofaldehid; stigmasterol dan β-sitosterol daripada ekstrak n-heksana Dehaasia caesia. Dalam asai peresapan cakera, ekstrak n-hexane Dillenia indica (30 μg/cakera) dan sebatian hidnofaldehid (30 μg/cakera) masing-masing mempamerkan perencatan yang sederhana terhadap SARM (13.0 ± 1.0 mm) serta Bacillus subtilis (13.0 ± 0.9 mm) dan Bacillus thuringiensis (14.0 ± 0.7 mm) iaitu perencatan yang lebih lemah berbanding kloramfenikol (30 μg/cakera) 22.0 ± 0.5 mm. Sementara itu, dalam asai kepekatan perencatan minimum, ekstrak metanol Dillenia indica dan Dehaasia caesia menunjukkan perencatan sederhana terhadap Bacillus thuringiensis dan Salmonella typhimurium (62.5 μg/mL). Bagi sebatian, hidnofaldehid memberikan perencatan sederhana terhadap Staphylococcus aureus (3.75 μg/mL). Kedua-duanya lebih rendah berbanding perencatan oleh kloramfenikol terhadap ekstrak (3.91 μg/mL) dan sebatian (117 ng/mL). Seterusnya, melalui perbandingan dengan BHT (2.15 μg/mL) dalam aktiviti antioksida, ekstrak metanol Dehaasia caesia menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih rendah (2.79 μg/mL) manakala sebatian hidnofaldehid dan dillenikarbamat adalah lebih tinggi (1.46 μg/mL),Tesis ini tiada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Chromatographic analysis | - |
dc.subject | Botanical chemistry | - |
dc.subject | Dilleniaceae | - |
dc.subject | Medicinal plants | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Pemencilan sebatian daripada Dillenia indica, Hydnophytum fomicarum dan Dehaasia caesia serta aktiviti biologinya | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 143 | - |
dc.identifier.callno | QK495.D47N846 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003184 (2017) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Science and Technology / Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_121727+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.42 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.